eTomAato hidang rasa Mediterranean ke dapur tempatan

KEMPEN eTomAato: European Tomato, A Red Passion dilihat menjadi inisiatif komprehensif bagi mempromosikan produk tomato premium Itali kepada pengguna, restoran dan pengeluar makanan tempatan.
Kempen tersebut anjuran Kedutaan Itali di Kuala Lumpur dan Agensi Perdagangan Itali (ITA) dengan kerjasama OI Pomodoro da Industria Bacino Centro Sud Italia dan disokong Kesatuan Eropah (EU).
Pesuruhjaya Perdagangan ITA, Dr Angela Donvito berkata, eTomAato menghubungkan warisan tomato berabad-abad dari Eropah dengan inovasi kulinari dinamik Asia.

“Kami menyediakan kepada chef, pengeluar makanan dan pengguna Malaysia bahan masakan yang menepati piawaian antarabangsa tertinggi, di samping menginspirasikan kemungkinan baharu dalam masakan.
“Kempen ini juga menzahirkan komitmen kami terhadap kerjasama jangka panjang yang memberi manfaat kepada industri makanan kedua-dua rantau,” katanya yang memperkenalkan kempen secara rasmi ke Malaysia.
Sementara itu, Setiausaha Kedua Kedutaan Itali di Kuala Lumpur, Francesco Pezzarossi turut mengesahkan pengembangan inisiatif tersebut ke Thailand dan Singapura.
“Itali mengeksport tomato yang diproses atau diawet bernilai €1.17 bilion (kira-kira RM5.7 bilion) ke pasaran global antara Januari hingga Mei lalu. Dalam tempoh sama, Malaysia mengimport sebanyak €8.58 juta (RM42.5 juta) produk berkenaan, termasuk €1.8 juta (RM8.9 juta) dari Itali.
“Dengan rasa yang kaya dan tradisi kulinari mendalam, tomato awet Itali kini mempunyai kedudukan kukuh dalam pasaran Malaysia, menjadikan Itali pembekal kedua terbesar dalam kategori ini,” ujarnya.
eTomAato mewakili lebih 70 pengeluar tomato Itali dengan matlamat menjadikan tomato Eropah sebagai pilihan utama dalam sektor makanan dan minuman yang berkembang pesat di Malaysia.
Ringkasan AI
- Kempan eTomAato bertujuan mempromosikan tomato premium Itali di Malaysia
- Inisiatif ini anjuran Kedutaan Itali di Kuala Lumpur, Agensi Perdagangan Itali dan disokong oleh EU
- eTomAato menggabungkan warisan tomato Eropah dengan inovasi kulinari Asia
- Kempen ini merangkumi lebih dari 70 pengeluar tomato Itali
- Pengembangan inisiatif ke Thailand dan Singapura diumumkan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

