Produk CP Food kini ada di Lotus's, tidak perlu ke Thailand

Montree (tengah), May Li (dua dari kiri) dan Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus's Malaysia, Azliza Azmel (dua dari kanan) ketika majlis pengenalan rangkaian baharu produk makanan sedia dimakan CP Foods di Lotus's Kepong pada Khamis. FOTO : MOHD HALIM ABDUL WAHID
Montree (tengah), May Li (dua dari kiri) dan Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus's Malaysia, Azliza Azmel (dua dari kanan) ketika majlis pengenalan rangkaian baharu produk makanan sedia dimakan CP Foods di Lotus's Kepong pada Khamis. FOTO : MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) menjadi pasar raya pertama yang memperkenalkan rangkaian produk Charoen Pokhhand (CP Food) seperti burger, sosej dan bebola daging sedia dimakan bagi memenuhi keperluan pengguna yang mementingkan rasa, kesegaran serta kemudahan dalam penyediaan hidangan seharian.

Pengarah Komersial Lotus’s Malaysia, Lee May Li berkata, kini peminat CP Food boleh mendapatkan 14 snek kegemaran mereka di Lotus’s Kepong dan beberapa minggu akan datang mula ditawarkan di lapan lagi cawangan terpilih Lotus’s.

Menurutnya, lapan cawangan Lotus’s tersebut adalah di Ampang, Rimbayu, Cheras, Kajang, Mutiara Damansara, Wangsa Walk, IOI City dan Paradigm.

“Kami berbesar hati memperkenalkan rangkaian produk makanan sedia dimakan paling popular CP Food secara terus kepada pelanggan kami di Malaysia. Mereka kini tidak perlu lagi pergi ke Thailand semata-mata untuk mendapatkan produk kegemaran ini.

“Produk yang mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ini dijual pada harga serendah RM 4.50 sahaja. Penyediaannya sangat mudah dengan mengambil masa 35 hingga 40 saat sahaja menggunakan ketuhar gelombang mikro.

“Diharapkan dengan kerjasama ini dapat mengukuhkan lagi komitmen kami untuk memberikan lebih banyak kemudahan, nilai dan kualiti kepada para pelanggan Lotus’s,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pengenalan rangkaian produk makanan CP Food di Lotus’s Kepong.

Turut hadir Presiden CP Food, Montree Srihamontree dan Naib presiden Ketua Perniagaan Malaysia CP Food, Wantanee Pichitporn.  

Tambah May Li, antara produk CP Food yang boleh didapati di Lotus’s adalah Cheese Chicken Burger, Black Pepper Sausage, Classic Sausage Roll, Tamarind Sausage Meetball dan banyak lagi.

Artikel Berkaitan:

Montree (tengah), May Li (dua dari kiri) dan Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus's Malaysia, Azliza Azmel (dua dari kanan) ketika majlis pengenalan rangkaian baharu produk makanan sedia dimakan CP Foods di Lotus's Kepong pada Khamis. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID
Montree (tengah), May Li (dua dari kiri) dan Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus's Malaysia, Azliza Azmel (dua dari kanan) ketika majlis pengenalan rangkaian baharu produk makanan sedia dimakan CP Foods di Lotus's Kepong pada Khamis. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Produk-produk ini sesuai untuk untuk gaya hidup moden yang serba pantas, memberikan penyelesaian hidangan cepat, lazat dan tanpa diragui,” jelasnya.

Sementara itu, Montree memberitahu, jangkauan luas Lotus’s di seluruh Malaysia akan memberikan peluang luar biasa kepada produk CP Food untuk lebih dekat dengan pelanggan.

Jelas beliau, pihaknya melihat ia sebagai satu kelebihan besar dalam kerjasama ini.

“Dalam masa sama, CP Food sentiasa komited menghasilkan produk bukan sahaja menawarkan kualiti dan rasa tetapi juga memberikan lebih kemudahan untuk gaya hidup moden masa kini.

“Pada masa akan datang, kami teruja untuk memperluaskan lagi penawaran kami dengan perisa baharu serta produk inovatif yang pasti akan menggembirakan pelanggan di Malaysia,” ujarnya.

Ringkasan AI

  • Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd memperkenalkan rangkaian produk CP Food
  • Produk CP Food ini termasuk burger, sosej dan bebola daging sedia dimakan
  • Rangkaian produk ini tersedia di Lotus's Kepong dan akan ditawarkan di lapan cawangan lain
  • Produk CP Food mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia, dijual pada harga serendah RM 4.50

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!