Tengku Amir berkenan tinjau raptai penuh istiadat pernikahan

Perarakan sejauh kira-kira 550 meter bermula di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz sehingga ke Istana Alam Shah itu akan diiringi oleh Rejimen ke-25 Askar Melayu Diraja sebagai jejawat dan paluan kumpulan kompang Istana Diraja Selangor. - Foto Bernama
Perarakan sejauh kira-kira 550 meter bermula di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz sehingga ke Istana Alam Shah itu akan diiringi oleh Rejimen ke-25 Askar Melayu Diraja sebagai jejawat dan paluan kumpulan kompang Istana Diraja Selangor. - Foto Bernama
A
A
A

KLANG - Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan meninjau raptai penuh istiadat perarakan pernikahan baginda di sini hari ini.

Baginda turut berkenan menyertai raptai perarakan tersebut.

Perarakan sejauh kira-kira 650 meter bermula dari Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz hingga ke Istana Alam Shah itu diiringi oleh Rejimen ke-25 Askar Melayu Diraja sebagai jejawat dan paluan kumpulan kompang Istana Diraja Selangor.

Tengku Amir Shah diarak dengan menaiki kenderaan istana Rolls Royce A1 sebelum sesi diteruskan di Istana Alam Shah bagi raptai istiadat pernikahan, yang dibuat secara tertutup.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat bagi meninjau persiapan dan menyertai pada raptai penuh Istiadat Perarakan Pernikahannya di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz hari ini. - Foto Bernama
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat bagi meninjau persiapan dan menyertai pada raptai penuh Istiadat Perarakan Pernikahannya di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz hari ini. - Foto Bernama

Sesi hari ini menyaksikan pelepasan dua das tembakan meriam dan difahamkan pada hari kejadian, sebanyak 11 das tembakan akan dilepaskan sebagai simbolik menandakan selesainya istiadat pernikahan.

Turut hadir meninjau persiapan hari ini ialah Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Ahmad dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang, Datuk Abd Hamid Hussain.

Isnin lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan memaklumkan putera baginda Tengku Amir Shah akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Afzaa Fadini Abdul Aziz pada 2 Oktober ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani, istiadat pernikahan itu akan berlangsung di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Artikel Berkaitan:

Mohamad Munir berkata Istiadat Persandingan Diraja dan Majlis Santapan Diraja bagi memuliakan perkahwinan itu pula akan diadakan di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah pada 22 Oktober. - Bernama

Ringkasan AI

  • Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah meninjau raptai perarakan pernikahan di Klang
  • Berkenan menaiki Rolls Royce A1 dalam perarakan 650 meter diiringi Rejimen ke-25 Askar Melayu Diraja
  • Perarakan disertai paluan kompang Istana Diraja Selangor
  • Pelepasan dua das tembakan meriam sebagai simbolik, akan ada 11 tembakan pada hari pernikahan
  • Tengku Amir Shah akan melangsungkan pernikahan dengan Afzaa Fadini Abdul Aziz pada 2 Oktober di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!