Rumah pelajar pondok terbakar

Bomba melakukan kerja-kerja memadam kebakaran. Foto: Ihsan Bomba
Bomba melakukan kerja-kerja memadam kebakaran. Foto: Ihsan Bomba
A
A
A

KOTA BHARU – Sebuah rumah kayu yang dijadikan tempat tinggal pelajar pondok di Pondok Pasir Tumboh, Kampung Terusan Limbat di sini terbakar bersama sebuah lagi rumah kayu dan stor simpanan barangan pada Ahad.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Husnan Talib berkata, kebakaran berlaku kira-kira jam 4.30 petang.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 4.50 petang sebelum bergegas ke lokasi dan tiba tujuh minit kemudian bersama pasukan dari BBP Tunjung serta BBP Kota Bharu.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati kebakaran melibatkan satu rumah digunakan oleh pelajar pondok berusia 63 tahun, namun warga emas itu selamat kerana ketika kejadian dia berada di surau berdekatan.

“Satu lagi rumah terbakar tetapi tidak dihuni, manakala stor berkenaan digunakan untuk menyimpan barangan lama,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, rumah kayu terbabit berkeluasan 37 meter persegi setiap satu dan satu daripada rumah itu bersama stor musnah sepenuhnya, manakala sebuah lagi rumah hanya terbakar kira-kira 15 peratus.

“Seramai 13 anggota dengan kekuatan dua jentera dan sebuah tangki air terlibat dalam operasi pemadaman yang berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.07 petang,” ujarnya.

Tambah Mohd Husnan, ketiga-tiga bangunan berkenaan merupakan struktur kelas C yang diperbuat daripada bahan separa kekal, sekali gus mempercepatkan proses kebakaran.

“Punca kejadian dan anggaran jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sebuah rumah kayu yang dijadikan tempat tinggal pelajar pondok terbakar bersama dengan sebuah lagi rumah kayu dan stor
  • Kebakaran berlaku kira-kira jam 4.30 petang
  • Bomba menerima panggilan kecemasan jam 4.50 petang dan tiba tujuh minit kemudian
  • Satu rumah digunakan oleh pelajar pondok berumur 63 tahun yang selamat kerana berada di surau
  • Seramai 13 anggota bomba terlibat dalam operasi pemadaman yang berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.07 petang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!