Lagi penampakan dron misteri gemparkan Denmark

Copenhagen menyifatkan penampakan dron misteri itu sebagai 'serangan hibrid'. Foto Agensi
Copenhagen menyifatkan penampakan dron misteri itu sebagai 'serangan hibrid'. Foto Agensi
A
A
A

COPENHAGEN - Dron tidak dikenal pasti telah dikesan di pangkalan tentera terbesar di Denmark, menurut polis pada Sabtu.

Ia merupakan penampakan terbaharu yang disifatkan Copenhagen sebagai 'serangan hibrid'.

"Ia berlegar-legar selama beberapa jam. Lebih sebuah pesawat tanpa pemandu (UAV) dikesan pada jam 8.15 malam (waktu tempatan) pada Jumaat," ujar pegawai bertugas, Simon Skelsjaer.

Menurutnya, pihak berkuasa tidak dapat mengulas dengan lebih lanjut tentang dari mana dron itu diterbangkan malah ia tidak ditembak jatuh.

Terdahulu, sebuah lapangan terbang terpaksa ditutup susulan pengesanan dron buat kali kedua dalam tempoh beberapa jam.

Objek terbang tersebut dikesan di beberapa lapangan terbang di negara Scandinavia itu sejak Rabu lalu hingga menjejaskan operasi.

Kejadian sama dilaporkan di Norway manakala Poland dan wilayah Romania berdepan insiden pencerobohan dron milik Rusia dan pelanggaran ruang udara Estonia oleh jet pejuang Moscow di tengah-tengah konflik yang semakin meningkat di rantau Eropah. - Agensi

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dron tidak dikenal pasti dikesan di pangkalan tentera terbesar Denmark
  • Penampakan tersebut disifatkan sebagai 'serangan hibrid'
  • Dron berlegar-legar selama beberapa jam pada Jumaat malam
  • Pihak berkuasa tidak dapat mengulas dari mana dron diterbangkan dan tidak ditembak jatuh
  • Lapangan terbang di Denmark terpaksa ditutup susulan pengesanan dron, menjejaskan operasi di beberapa lapangan terbang Scandinavia sejak Rabu lalu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!