Warga emas hantar daging babi ke masjid di Singapura didakwa

Kiriman itu mencetuskan langkah pemindahan segera selain pakar bahan berbahaya daripada Angkatan Pertahanan Awam (SCFD) dikerahkan ke masjid berkenaan. Foto Agensi
Kiriman itu mencetuskan langkah pemindahan segera selain pakar bahan berbahaya daripada Angkatan Pertahanan Awam (SCFD) dikerahkan ke masjid berkenaan. Foto Agensi
A
A
A

SINGAPURA - Seorang lelaki warga Singapura berusia 61 tahun yang didakwa menghantar daging babi ke masjid dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu.

Bill Tan Keng Hwee berdepan tuduhan sengaja menyinggung sensitiviti perkauman dengan tindakan mengirimkan sampul surat yang turut mengandungi nota provokasi ke Masjid al-Istiqamah di Serangoon North Ave 2 pada awal minggu lalu.

Jika disabit kesalahan, Keng Hwee boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Dia akan kembali tampil di mahkamah pada 3 Oktober ini.

Tertuduh diberkas pada Khamis lalu, sehari selepas kiriman tersebut menggemparkan para jemaah dan mengakibatkan seorang individu dirawat di Hospital Besar Sengkang kerana sesak nafas.

Siasatan awal polis mendapati warga emas itu terlibat dengan beberapa kes serupa di masjid lain di seluruh negara. - Agensi

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki warga Singapura berusia 61 tahun didakwa mengirim daging babi ke masjid
  • Dia berdepan tuduhan menyinggung sensitiviti perkauman
  • Boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya
  • Kembali ke mahkamah pada 3 Oktober
  • Terlibat dalam kes serupa di masjid lain di seluruh negara

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!