Kedah naik had kerja undi selenggara jalan

Mukhriz menghadiri Majlis Minum Petang dan Taklimat bagi Kerja Undi Kedah 2019 bersama Kontraktor G1 di Dewan Seri Mentaloon.
Mukhriz menghadiri Majlis Minum Petang dan Taklimat bagi Kerja Undi Kedah 2019 bersama Kontraktor G1 di Dewan Seri Mentaloon.
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan negeri mengumumkan had kerja undi dinaikkan kepada RM150,000 bagi satu kerja ditawarkan kepada kontraktor-kontraktor Kelas G1 pada tahun ini di Kedah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, inisiatif berkenaan diambil demi memberi peluang lebih besar kepada kontraktor G1, sekaligus meningkatkan kualiti penyelenggaraan jalan di negeri ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah dana untuk penyelenggaraan jalan yang diberikan khusus melalui kaedah undi yang diadakan pada setiap tahun sejak tahun 2015.

"Pada tahun-tahun sebelum ini, had kerja undi untuk satu kerja yang ditawarkan kepada kontraktor berkenaan di Kedah adalah daripada RM20,000 sehingga RM50,000.

"Bagaimanapun, kita mengambil mengambil inisiatif untuk menaikkan had kerja undi pada tahun ini kepada RM150,000 bagi satu kerja yang ditawarkan tersebut," katanya.

Beliau berucap sedemikian dalam Majlis Minum Petang dan Taklimat bagi Kerja Undi Kedah 2019 bersama Kontraktor G1 di Dewan Seri Mentaloon, di sini, tadi.

Artikel Berkaitan: