MU intai kemenangan berturut-turut buat kali pertama sejak Mei 2024

Mbuemo kembali ke Stadium Komuniti Gtech buat kali pertama sejak menyertai United pada Julai lalu. Foto: Agensi
Mbuemo kembali ke Stadium Komuniti Gtech buat kali pertama sejak menyertai United pada Julai lalu. Foto: Agensi
A
A
A

MANCHESTER United memburu kemenangan liga berturut-turut buat pertama kali sejak Mei tahun lalu apabila berkunjung ke Stadium Komuniti GTech berdepan Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini.

Skuad bimbingan Ruben Amorim kini di tangga ke-11 selepas menewaskan Chelsea 2-1 di Old Trafford minggu lalu, namun masih belum meraih sebarang kemenangan di tempat lawan musim ini.

Brentford pula berada di tangga ke-17, hanya satu mata daripada zon penyingkiran.

Dalam masa sama, perhatian turut terarah kepada kepulangan bekas penyerang Brentford, Bryan Mbeumo yang menyertai United Julai lalu dengan nilai perpindahan 65 juta pound (RM378 juta).

Walaupun mungkin tiada sorakan besar jika dia menjaringkan gol, penyokong Brentford dijangka tetap menghargai jasa penyerang berusia 25 tahun itu.

Untuk rekod, Mbeumo menjaringkan 70 gol dalam 242 penampilan sepanjang enam musim bersama The Bees.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Manchester United memburu kemenangan liga berturut-turut buat pertama kali sejak Mei tahun lalu
  • Skuad bimbingan Ruben Amorim kini di tangga ke-11 selepas menewaskan Chelsea 2-1
  • Brentford berada di tangga ke-17, hanya satu mata dari zon penyingkiran
  • Bekas penyerang Brentford, Bryan Mbeumo menyertai United dengan nilai perpindahan 65 juta pound
  • Mbeumo menjaringkan 70 gol dalam 242 penampilan sepanjang enam musim bersama The Bees

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!