AS pula 'khianati' Israel?

Netanyahu (kanan) mengikut telunjuk pentadbiran Trump yang sebelum ini menyokong rancangan pembangunan semula Gaza sebagai 'Riviera Asia Barat'.
Netanyahu (kanan) mengikut telunjuk pentadbiran Trump yang sebelum ini menyokong rancangan pembangunan semula Gaza sebagai 'Riviera Asia Barat'.
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang bimbang dengan langkah pengasingan komuniti antarabangsa atau mungkin bakal berdepan tempias kerana Israel, secara tiba-tiba menolak rancangan jahat sekutu kuatnya yang mahu merampas Tebing Barat.

Trump yang terkenal dengan julukan 'pemimpin pusingan U' itu menegaskan beliau tidak akan membenarkan Tel Aviv mengilhak wilayah diduduki sejak 1967, sekali gus menepis desakan ahli politik haluan kanan yang merancang untuk memperluaskan kedaulatan mereka di kawasan tersebut.

"Saya tidak akan biarkan perkara itu berlaku. Tindakan seperti itu perlu dihentikan segera," ujarnya di Pejabat Oval pada Khamis.

Sejak kebelakangan ini, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berdepan tekanan sekutu sayap kanan di bawah kerajaan 'ekstremis' pimpinannya untuk menguasai Tebing Barat hingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemimpin Arab.

Trump juga dilihat cuba memainkan semula peranannya sebagai 'pengaman global' dengan mengemukakan 21 perkara pelan damai bagi menghentikan perang genosid yang sudah berlarutan selama hampir dua tahun.

Cadangan itu dikatakan menerima respons positif dalam kalangan pemimpin Arab ketika pertemuan bersama delegasi AS di New York pada Selasa lalu.

Sehari selepas itu, Wakil Khas AS, Steve Witkoff turut memberikan isyarat tentang 'kejayaan' yang bakal dicapai dalam masa terdekat, namun tidak memberikan butiran lanjut.

"Sesi itu amat produktif. Kami bentangkan pelan damai 21 perkara Trump di Asia Barat dan di Gaza," ujarnya.

Rancangan itu termasuk yang pernah diuar-uarkan pentadbiran Trump sebelum ini iaitu menuntut pembebasan baki tawanan, pelaksanaan gencatan senjata secara kekal dan pengunduran Israel secara berperingkat dari Gaza.

Artikel Berkaitan:

Tindakan AS yang tidak lagi menyokong kegilaan berperang Netanyahu dijangka memberi tekanan baharu kepada pemimpin 'ekstremis' tersebut yang juga berdepan ugutan kerajaan gabungannya yang goyah supaya meneruskan kempen pencerobohan bagi menakluk wilayah Gaza. - Agensi

Ringkasan AI

  • Presiden AS, Donald Trump menolak rancangan Israel untuk merampas Tebing Barat
  • Trump dikenali sebagai pemimpin yang sering berubah pendirian tidak akan membenarkan Tel Aviv mengilhak wilayah Tebing Barat
  • Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berada di bawah tekanan dari sekutu sayap kanannya untuk menguasai Tebing Barat
  • Trump mencadangkan pelan damai 21 perkara untuk menghentikan perang genosid yang berlarutan selama hampir dua tahun
  • Rancangan damai Trump termasuk pembebasan tawanan dan pengunduran Israel dari Gaza

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!