Trump umum tarif 50 peratus ke atas kabinet dapur, set bilik air bermula 1 Oktober

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan tarif 50 peratus ke atas kabinet dapur, set bilik air dan produk berkaitan berkuat kuasa 1 Oktober, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Kami akan mengenakan tarif 50 peratus ke atas semua kabinet dapur, set bilik air dan produk berkaitan bermula 1 Oktober 2025.
"Selain itu, kami juga akan mengenakan tarif 30 peratus ke atas perabot upholsteri.
"Ini kerana berlaku ‘LAMBAKAN’ besar-besaran produk ini ke Amerika Syarikat oleh negara luar.
"Ia adalah amalan yang sangat tidak adil bagi proses pembuatan kami, tetapi kami mesti melindungi, atas sebab keselamatan negara dan lain-lain,” tulis Trump di platform Truth Social. - Bernama/Sputnik/Ria Novosti
Ringkasan AI
- Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan tarif 50 peratus ke atas kabinet dapur dan set bilik air bermula 1 Oktober
- Tarif juga akan dikenakan sebanyak 30 peratus ke atas perabot upholsteri
- Langkah ini diambil kerana berlaku lambakan besar-besaran produk berkenaan dari negara luar ke Amerika Syarikat
- Trump menyatakan tindakan tersebut dilakukan untuk melindungi proses pembuatan dalam negeri
- Penegasan ini dibuat oleh Trump melalui platform Truth Social
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
