Di mana Harcharan Singh?

Harcharan Singh
Harcharan Singh
A
A
A

PETALING JAYA – Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas berusia 82 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Seksyen 11 di sini sejak Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Harcharan Singh Teja pada jam 12.09 tengah malam Khamis.

“Berdasarkan maklumat, Harcharan Singh dilaporkan kali terakhir dilihat sekitar jam 10 pagi.

“Lelaki itu berketinggian kira-kira 177 sentimeter, berat 90 kilogram, berkulit kuning langsat, berhidung mancung serta mempunyai mulut dan kening tebal,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Shahrulnizam berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ngo Su Siao di talian 016-9231558.

“Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas berusia 82 tahun hilang dari rumahnya di Seksyen 11 Petaling Jaya
  • Lelaki tersebut, Harcharan Singh Teja, dilaporkan hilang sejak Selasa
  • Dilaporkan kali terakhir dilihat sekitar jam 10 pagi
  • Ciri-ciri Harcharan Singh: ketinggian 177 sentimeter, berat 90 kilogram, berkulit kuning langsat, berhidung mancung, mempunyai mulut dan kening tebal
  • Orang ramai diminta untuk menghubungi Inspektor Ngo Su Siao di talian 016-9231558 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi sebarang maklumat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!