Kebangkitan Tien Ci–Chiew Sien, dominasi Soon Huat–Shevon

Tien Ci–Chiew Sien lolos ke suku akhir Terbuka Korea Super 500 di Gimnasium Suwon pada Khamis. Foto Media Sosial
Tien Ci–Chiew Sien lolos ke suku akhir Terbuka Korea Super 500 di Gimnasium Suwon pada Khamis. Foto Media Sosial
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PASANGAN beregu badminton campuran negara mempamerkan aksi bertenaga di pusingan kedua Terbuka Korea Super 500 apabila kedua-dua wakil Malaysia, Wong Tien Ci–Lim Chiew Sien dan Goh Soon Huat–Shevon Lai melangkah penuh bergaya ke suku akhir di Gimnasium Suwon pada Khamis.

Wong Tien Ci–Lim Chiew Sien yang menghuni ranking ke-35 dunia bangkit daripada permulaan hambar sebelum menundukkan gandingan tuan rumah, Lee Jong Min–Cahe Ju Yung, 9-21, 21-15, 21-17 dalam pertarungan sengit selama 52 minit.

Walaupun tewas mudah di set pertama, pasangan negara berjaya menukar rentak permainan dengan kawalan kemas di jaring serta variasi serangan yang memaksa lawan melakukan kesilapan, sekali gus meraih kemenangan dramatik dalam pertemuan sulung mereka.

Dalam pada itu, beregu senior negara Goh Soon Huat–Shevon Lai pula tidak berdepan masalah menyingkirkan pasangan muda China, Gao Jia Xuan–Wu Meng Ying, 21-16, 21-13 hanya dalam masa 31 minit.

Pengalaman dan ketenangan yang ditampilkan Soon Huat–Shevon nyata memberi kelebihan apabila mereka menguasai sepenuhnya corak permainan, sekali gus memastikan kemaraan bergaya ke suku akhir.

Dalam pada itu itu, cabaran dua wakil negara iaitu beregu lelaki Choong Hon Jian-Haikal Nazri dan pemain perseorangan, Justin Hoh terhenti di pusingan kedua.

Hon Jian-Haikal Nazri gagal melepasi rintangan sukar apabila tewas kepada pasangan pilihan keempat dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, straight set 17-21, 11-21.

Justin pula terpaksa akur dengan kematangan pemain pilihan pertama dari Denmark, Anders Antonsen biarpun memberikan saingan sengit di awal setiap set sebelum tewas 17-21, 11-21.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pasangan beregu badminton campuran Malaysia melaju ke suku akhir Terbuka Korea Super 500 Wong Tien Ci–Lim Chiew Sien bangkit dari kekalahan set pertama untuk mengalahkan Lee Jong Min–Cahe Ju Yung Pasangan negara menunjukkan kawalan kemas dan variasi serangan untuk meraih kemenangan Goh Soon Huat–Shevon Lai menang mudah ke atas Gao Jia Xuan–Wu Meng Ying dengan menguasai permainan Pengalaman Soon Huat–Shevon menyumbang kepada kemaraan bergaya mereka ke suku akhir

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!