Nancy bantu 10 keluarga mangsa tanah runtuh di Papar

Nancy menyampaikan bantuan kepada keluarga mangsa banjir dan tanah runtuh di Papar, Sabah.
Nancy menyampaikan bantuan kepada keluarga mangsa banjir dan tanah runtuh di Papar, Sabah.
A
A
A

PAPAR - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menziarahi keluarga mangsa tragedi tanah runtuh dan banjir di Kampung Marahang serta Kampung Mook.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) turut menyampaikan bantuan menerusi Skim Pemberian Ehsan Kepada Keluarga Mangsa Bencana (PEKA) kepada 10 keluarga yang terlibat.

Selain bantuan PEKA, beliau memaklumkan, YKN turut menyalurkan bantuan keperluan asas serta beg makanan kepada keluarga terjejas selain mangsa menerima barangan keperluan daripada JKM dan Yayasan Sime Darby.

Nancy menyantuni keluarga mangsa banjir dan tanah runtuh di Papar, Sabah.
Nancy menyantuni keluarga mangsa banjir dan tanah runtuh di Papar, Sabah.

"YKN sentiasa mengalu-alukan sumbangan daripada individu, pihak swasta dan korporat bagi bersama-sama menjayakan usaha membantu kumpulan sasar yang memerlukan.

"Setiap sumbangan yang dibuat kepada YKN layak menerima resit pengecualian cukai," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong menjelaskan, pasca banjir juga penting kerana mangsa memerlukan sokongan untuk membersihkan rumah, membina semula kehidupan serta kembali kepada rutin harian mereka.

"Saya mahu mereka merasakan bahawa mereka tidak pernah ditinggalkan sendirian selepas bencana," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menziarahi keluarga mangsa tragedi tanah runtuh dan banjir di Kampung Marahang serta Kampung Mook
  • Beliau menyampaikan bantuan melalui Skim Pemberian Ehsan Kepada Keluarga Mangsa Bencana (PEKA) kepada 10 keluarga yang terlibat
  • Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menyalurkan bantuan keperluan asas dan beg makanan kepada keluarga terjejas
  • YKN menerima sumbangan daripada individu, pihak swasta dan korporat yang layak mendapat resit pengecualian cukai
  • Nancy menekankan pentingnya sokongan pasca banjir untuk membantu mangsa membersihkan rumah dan kembali kepada rutin harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!