PM Anwar dianugerahkan Grand Collar of the Order of Timor-Leste

 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima Grand Collar of the Order of Timor-Leste. Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima Grand Collar of the Order of Timor-Leste. Foto Bernama
A
A
A

DILI (TIMOR-LESTE) - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima Grand Collar of the Order of Timor-Leste, anugerah tertinggi negara itu sebagai pengiktirafan terhadap bantuan beliau dan peranan Malaysia selama ini dalam menyokong aspirasi Timor-Leste untuk menyertai ASEAN, khususnya selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Anugerah berkenaan disampaikan Presiden Dr José Ramos-Horta kepada Anwar selepas beliau menyampaikan Syarahan Presiden bertajuk "ASEAN & Peranan Timor-Leste" di Istana Presiden di sini.

"Bagi pihak rakyat Malaysia, saya dengan penuh rasa rendah diri menerima (anugerah) ini dan mengucapkan terima kasih atas penghargaan tertinggi dan paling berprestij daripada Timor-Leste,” kata Anwar.

Anugerah itu diberikan kepada individu yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada negara.

Penerima sebelum ini termasuk pemimpin antarabangsa seperti Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh kedudukan diplomatik dan pembangunan Timor-Leste. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Grand Collar of the Order of Timor-Leste sebagai pengiktirafan terhadap bantuan Malaysia dalam aspirasi Timor-Leste menyertai ASEAN
  • Anugerah tertinggi itu disampaikan oleh Presiden Dr José Ramos-Horta
  • Anwar menyampaikan Syarahan Presiden bertajuk "ASEAN & Peranan Timor-Leste" di Istana Presiden
  • Anugerah Grand Collar of the Order of Timor-Leste diberikan kepada individu yang memberikan perkhidmatan cemerlang kepada negara
  • Penerima sebelum ini termasuk Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang memainkan peranan dalam kedudukan diplomatik Timor-Leste

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!