Tengku Permaisuri Selangor berkenan sempurnakan Majlis Kemuncak Festival TV PSS 2025

Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) berkenan berangkat ke Majlis Kemuncak Festival TV PSS Peringkat Kebangsaan 2025 di Hotel Geno, hari ini sambil diiringi Farah (kiri) dan Editor Eksekutif Lifestyle Sinar Harian, Meen Tahir (kanan). - Foto: Bernama
Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) berkenan berangkat ke Majlis Kemuncak Festival TV PSS Peringkat Kebangsaan 2025 di Hotel Geno, hari ini sambil diiringi Farah (kiri) dan Editor Eksekutif Lifestyle Sinar Harian, Meen Tahir (kanan). - Foto: Bernama
A
A
A

SUBANG JAYA - [DIKEMAS KINI] Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan menyempurnakan Majlis Kemuncak Festival TV Pusat Sumber Sekolah (PSS) Peringkat Kebangsaan 2025 di sini.

Keberangkatan tiba baginda kira-kira 10.10 pagi disambut Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) Kementerian Pendidikan (KPM) Aniza Kamarulzaman dan Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin.

Program anjuran bersama BSTP KPM dan Sinar Bestari itu diadakan bagi mengangkat peranan TV PSS sebagai platform pembelajaran digital kreatif dengan keterlibatan menyeluruh sekolah di Malaysia.

Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) berkenan melawat reruai pameran Festival TV PSS pada Majlis Kemuncak Festival TV PSS Peringkat Kebangsaan 2025 di Hotel Geno hari ini. - Foto: Bernama
Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) berkenan melawat reruai pameran Festival TV PSS pada Majlis Kemuncak Festival TV PSS Peringkat Kebangsaan 2025 di Hotel Geno hari ini. - Foto: Bernama

Sebanyak 32 penyertaan melibatkan sekolah rendah dan menengah di seluruh negara mengambil bahagian, dengan lapan kategori dipertandingkan antaranya pengacara terbaik, penyunting terbaik dan guru TV PSS terbaik.

Festival kali ini membawa tema "Transformasi Digital, Kelestarian Sejagat, Kreativiti Tanpa Batasan Meneroka Masa Depan: Teknologi dan Alam”, yang memberi tumpuan kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Sementara itu, Aniza berkata, Festival TV PSS menjadi platform menghubungkan kredibiliti pelajar dengan keperluan pendidikan abad ke-21, selain memperkukuh kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kerjasama berpasukan, serta mengasah bakat mereka dalam bidang penyiaran dan media digital.

"Melalui festival ini, KPM yakin lebih ramai pelajar akan tampil sebagai agen perubahan yang berani, inovatif dan bersedia menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya dalam kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Farah pula berkata, TV PSS turut menjadi pemangkin usaha memperkukuh sistem pendidikan negara dengan memupuk budaya celik digital, kolaborasi berpasukan serta kepimpinan berasaskan komunikasi, seiring aspirasi KPM melahirkan pelajar holistik, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0.

TV PSS diwujudkan bagi melatih murid dan pelajar sekolah menghasilkan kandungan pendidikan berbentuk video, sekali gus menggalakkan penguasaan kemahiran media, kewartawanan dan penerbitan seiring perkembangan teknologi digital. - Foto: Bernama

 

 

 

Ringkasan AI

  • Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menyempurnakan Majlis Kemuncak Festival TV PSS Peringkat Kebangsaan 2025 di Subang Jaya
  • Anjuran bersama BSTP KPM dan Sinar Bestari untuk mengangkat peranan TV PSS sebagai platform pembelajaran digital kreatif
  • Festival ini melibatkan 32 penyertaan dari sekolah rendah dan menengah dengan lapan kategori dipertandingkan
  • Tema festival adalah tentang Transformasi Digital, Kelestarian Sejagat, Kreativiti Tanpa Batasan dalam bidang STEM dan TVET
  • Festival tersebut menjadi platform meningkatkan kemahiran seperti komunikasi, pemikiran kritis, dan kerjasama berpasukan di kalangan pelajar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!