Juri dapati lelaki bersalah cuba bunuh Trump di padang golf

Juri di Florida mendapati Ryan Routh bersalah pada Selasa kerana cuba membunuh Donald Trump setahun lalu di sebuah padang golf - Foto: Agensi
Juri di Florida mendapati Ryan Routh bersalah pada Selasa kerana cuba membunuh Donald Trump setahun lalu di sebuah padang golf - Foto: Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Juri di Florida mendapati Ryan Routh bersalah pada Selasa kerana cuba membunuh Donald Trump setahun lalu di sebuah padang golf, lapor Xinhua.

Cubaan membunuh calon presiden Parti Republikan ketika itu berlaku hanya beberapa minggu sebelum pilihan raya November 2024, dan dua bulan selepas satu lagi cubaan bunuh di Pennsylvania apabila telinga Trump cedera terkena tembakan.

Routh, 59, disabitkan kesalahan cubaan membunuh seorang calon presiden utama, menyerang pegawai persekutuan, serta tiga kesalahan berkaitan senjata api persekutuan susulan insiden pada 15 Sept 2024. Dia berdepan hukuman penjara seumur hidup pada prosiding hukuman akan datang.

Hakim Aileen Cannon dari Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS) di Daerah Selatan Florida mengendalikan perbicaraan itu, di mana Routh bertindak sebagai peguam bela bagi dirinya sendiri.

"Keputusan bersalah hari ini terhadap Ryan Routh, yang cuba membunuh Trump, menggambarkan komitmen Jabatan Kehakiman untuk menghukum mereka yang terlibat dalam keganasan politik,” kata Peguam Negara AS Pamela Bondi dalam satu kenyataan.

Trump pula menyifatkan keputusan itu sebagai "satu detik besar untuk KEADILAN DI AMERIKA” menerusi satu hantaran di media sosial. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Juri di Florida mendapati Ryan Routh bersalah kerana cuba membunuh Donald Trump di sebuah padang golf
  • Cubaan membunuh itu berlaku beberapa minggu sebelum pilihan raya November 2024
  • Ryan Routh, 59, disabitkan kesalahan cubaan membunuh seorang calon presiden utama, menyerang pegawai persekutuan, serta tiga kesalahan berkaitan senjata api
  • Routh berdepan hukuman penjara seumur hidup
  • Hakim Aileen Cannon mengendalikan perbicaraan, di mana Routh bertindak sebagai peguam bela bagi dirinya sendiri

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!