ASEAN, Korea Selatan kaji inisiatif baharu tingkatkan perdagangan, pelaburan

ASEAN dan rakan dialognya, Korea Selatan sedang mengkaji inisiatif baharu untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata, pelancaran Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-ROK pada Oktober 2024 telah membuka era baharu dalam hubungan kedua-dua negara dan rangka kerja itu memberikan hala tuju untuk kerjasama yang lebih erat dalam bidang baharu seperti ekonomi digital, peralihan hijau dan rantaian bekalan yang berdaya tahan.
Ini untuk memastikan kerjasama tersebut kekal relevan, mempunyai keupayaan untuk mendepani cabaran dan saling memberikan manfaat.
"Perbincangan kita pada hari ini dibina atas asas kukuh ini,” katanya dalam ucapan pembukaan pada Perundingan ASEAN-ROK ke-22 pada hari ketiga Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan mesyuarat berkaitan di sini hari ini. - Bernama
Ringkasan AI
- ASEAN dan Korea Selatan mengkaji inisiatif baru untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan
- Pelancaran Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-ROK akan membuka era baru dalam hubungan kedua-dua negara pada Oktober 2024
- Rangka kerja ini menyediakan hala tuju untuk kerjasama yang lebih erat dalam ekonomi digital, peralihan hijau dan rantaian bekalan yang berdaya tahan
- Inisiatif ini bertujuan memastikan kerjasama kekal relevan dan mampu mendepani cabaran sambil saling memberi manfaat
- Perbincangan berlangsung dalam Perundingan ASEAN-ROK ke-22 pada hari ketiga Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
