HONOR X9d 5G tahan tembakan meriam plasma, kini dilancarkan

KUALA LUMPUR –Siri telefon pintar HONOR X terus mencipta fenomena apabila mengekalkan kedudukan sebagai telefon pintar kelas pertengahan nombor satu di Malaysia selama tiga tahun berturut-turut.
Sejak pelancaran HONOR X9b pada 2022, Siri X semakin dikenali sebagai telefon yang lasak, tahan lasak dan berbaloi dimiliki. Popularitinya bukan sekadar angka kerana ia juga diangkat sebagai ‘Telefon Pintar Pilihan Utama Rakyat Malaysia’.
Pada 2023 sahaja, Siri X menguasai 33 peratus pasaran, sebelum melonjak kepada 55 peratus pada 2025. Ertinya, daripada dua telefon kelas pertengahan yang terjual di Malaysia, satu daripadanya ialah Siri HONOR X.

HONOR X9d 5G tampil penuh kejutan
Model baharu HONOR X9d 5G membuat kejutan apabila muncul dalam perbarisan Hari Kebangsaan 2025 lalu dan lebih awal daripada itu, mendapat perhatian Sultan Pahang ketika sebuah acara tertutup. Kehadiran model ini jelas mencuri tumpuan dan sekali lagi mengukuhkan reputasi Siri X.
HONOR X9d 5G yang ditawarkan pada harga bermula RM1,499, boleh dipra-tempah hingga 9 Oktober.Lebih menarik, setiap pembelian akan disertakan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,146 termasuk tablet HONOR Pad X7.

Ujian ekstrem buktikan ketahanan
Bagi membuktikan ketahanannya, HONOR mengadakan siri ujian ekstrem terhadap model ini. Antara paling mencuri tumpuan ialah demonstrasi menggunakan meriam plasma khas yang melepaskan haba melampau dan letupan bertekanan tinggi ke arah peranti. Walaupun diuji di luar situasi biasa, telefon ini kekal berfungsi tanpa sebarang kerosakan.
Dalam satu lagi ujian, skrin HONOR X9d ditembak menggunakan pistol paku industri dan stapler gred berat. Hasilnya, skrin langsung tidak retak, berbanding tin minuman dan kaca tempered yang hancur ketika diuji dalam keadaan sama.

Rekod dunia: Pensijilan Tiga Kali Ganda SGS
HONOR X9d 5G kini menjadi telefon pertama dunia yang menerima Pensijilan Ketahanan Tiga Kali Ganda SGS meliputi jatuhan, air dan debu.
Antara kelebihannya:
- Kaca ultra deep tempered dengan paparan rata membolehkan peranti bertahan jatuhan setinggi 2.5 meter.
- Rangka serap hentakan diinspirasikan dari kalas peluru dengan enam lapisan perlindungan, meningkatkan daya tahan hentaman sehingga 112 peratus.
- Perlindungan IP69K pertama di dunia yang membolehkannya menahan semburan air bertekanan tinggi bersuhu panas dan tenggelam sehingga sebulan pada kedalaman 1 meter.
Selain itu, ia turut menyokong AI Heavy Rain Touch dan AI Glove Touch, memastikan pengguna tidak berdepan masalah walaupun menggunakan peranti dalam hujan lebat atau ketika memakai sarung tangan.

Perlindungan tambahan untuk pengguna
Bagi menambah keyakinan pengguna, HONOR turut memperkenalkan pelan perlindungan yang belum pernah ditawarkan sebelum ini. Antara pakej Triple Protection Plan ialah:
- Perlindungan retak depan dan belakang selama 365 hari, termasuk skrin dan kaca kamera.
- Waranti kerosakan cecair selama setahun.
- Waranti tambahan setahun secara percuma.
Bateri gergasi 8,300mAh
Di sebalik ketahanan luarannya, HONOR X9d 5G juga tampil dengan kuasa bateri yang luar biasa. Dengan kapasiti 8,300mAh - terbesar dalam industri, peranti ini mampu bertahan sehingga tiga hari penggunaan berterusan.
Pengguna boleh menikmati sehingga 52.5 jam muzik, 23.8 jam tontonan video dalam talian, 16.8 jam permainan video dan 12.3 jam panggilan video.

Malah, dengan hanya baki bateri dua peratus, telefon ini masih mampu bertahan untuk panggilan suara selama 60 minit dalam mod penjimatan kuasa.
HONOR X9d turut menyokong pengecasan pantas 66W HONOR SuperCharge serta fungsi pengecasan berbalik 7.5W, menjadikannya mampu berfungsi sebagai powerbank untuk peranti lain.
Paparan lebih cerah, mesra mata
Dari segi paparan, telefon ini hadir dengan skrin mencapai 6000 nits kecerahan puncak, jauh lebih cerah berbanding model terdahulu X9c yang hanya 4000 nits. Ia menjamin kejelasan visual meskipun di bawah sinaran matahari terik.
Teknologi HONOR Eye Comfort Display juga ditambah baik dengan ciri seperti 3840Hz PWM Dimming, AI Circadian Display dan penapisan cahaya biru pada tahap perkakasan untuk melindungi mata pengguna.
Kamera 108MP dengan kuasa AI
Bagi rakaman imej, HONOR X9d 5G dipadankan dengan kamera 108MP Ultra-Sensing yang dilengkapi sensor besar 1/1.67 inci dan apertur f/1.75. Teknologi 9-dalam-1 pixel binning membantu menghasilkan gambar lebih terang walaupun dalam keadaan kurang cahaya.

Selain itu, aplikasi suntingan berkuasa AI seperti AI Eraser, AI Outpainting, AI Upscale, AI Cutout dan AI Face Tune disertakan bagi memudahkan pengguna menghasilkan foto kreatif.
HONOR tidak melupakan pengalaman audio apabila melengkapkan telefon ini dengan pembesar suara dwi-bass yang jarang terdapat dalam kelas harganya. Lebih menarik, ia menyokong mod volum ultra sehingga 400 peratus untuk panggilan, muzik dan navigasi.
Prestasi lancar selama 6 tahun
Dari aspek prestasi, HONOR X9d 5G dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 4, naik taraf daripada Snapdragon 6 Gen 1. Prestasi GPU meningkat 29 peratus manakala CPU bertambah 11 peratus.

HONOR menjanjikan pengalaman penggunaan lancar tanpa lag selama enam tahun berkat sistem pengurusan AI yang lebih pintar.
Peranti ini juga hadir dengan sistem penyejukan VC generasi kelima dengan kawasan penyejukan sehingga 29,500mm², memastikan suhu kekal stabil walaupun ketika multitasking intensif.
Untuk sambungan, HONOR meningkatkan nisbah antena-ke-bingkai ke 93.2 peratus, menghasilkan isyarat lebih stabil dan kukuh. Ya, ia turut menyokong NFC.
Dengan segala kelebihan ini, jelas bahawa HONOR X9d 5G bukan sekadar telefon pintar kelas pertengahan, tetapi ‘raja’ sebenar yang menetapkan piawaian baharu untuk ketahanan, prestasi dan inovasi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
