Trump anggap mesyuarat dengan negara-negara Islam berhubung Gaza 'sangat berjaya'

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyifatkan mesyuarat pelbagai hala yang diadakan pada Selasa bersama pemimpin beberapa negara majoriti Islam berhubung Gaza sebagai 'sangat berjaya', lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Kami mengadakan mesyuarat yang sangat baik mengenai Gaza,” kata Trump kepada pemberita ketika meninggalkan acara itu.
"Ia adalah mesyuarat yang sangat berjaya dengan semua pemain utama, kecuali Israel, tetapi itu akan menyusul. Saya fikir kami boleh mencari jalan penyelesaian berhubung Gaza, namun ia memang satu mesyuarat yang baik dengan pemimpin hebat,” katanya.
Tiada maklumat lanjut mengenai hasil mesyuarat tertutup itu diberikan oleh pegawai.
Rumah Putih sebelum ini memaklumkan bahawa Turkiye, Qatar, Arab Saudi, Indonesia, Pakistan, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jordan diwakili pada mesyuarat peringkat pemimpin itu, namun tidak memberikan butiran tambahan. - Bernama
Ringkasan AI
- Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyifatkan mesyuarat tentang Gaza bersama pemimpin negara-negara majoriti Islam sebagai sangat berjaya
- Mesyuarat itu diadakan pada Selasa dan melibatkan beberapa pemain utama kecuali Israel
- Trump percaya jalan penyelesaian berhubung Gaza dapat dicari walaupun Israel tidak terlibat dalam mesyuarat itu
- Tiada maklumat lanjut diberikan mengenai hasil mesyuarat tertutup tersebut
- Negara-negara seperti Turkiye, Qatar, Arab Saudi, Indonesia, Pakistan, Mesir, UAE dan Jordan diwakili dalam mesyuarat itu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
