Hampir 100 kerbau mati dipijak dalam rempuhan

Punca kematian kerbau akibat dipijak semasa cuba melarikan diri daripada serangan singa di di sepanjang Sungai Chobe, Namibia. Foto AFP
Punca kematian kerbau akibat dipijak semasa cuba melarikan diri daripada serangan singa di di sepanjang Sungai Chobe, Namibia. Foto AFP
A
A
A

WINDHOEK - Sekurang-kurangnya 90 ekor kerbau mati dipijak dalam kejadian rempuhan ketika melarikan diri daripada serangan singa di timur jauh Namibia, awal pagi Selasa, menurut pegawai hidupan liar.

Kejadian berlaku sekitar jam 5 pagi (waktu tempatan) di sepanjang Sungai Chobe, dalam kawasan pemuliharaan Zambezi yang terkenal dengan air terjun, hutan dan kawasan paya yang kaya dengan hidupan liar.

Jurucakap Kementerian Pelancongan, Ndeshipanda Hamunyela berkata, singa terbabit telah mengejar kumpulan kerbau berkenaan dari Botswana yang bersempadan dengan kawasan itu.

Beliau memaklumkan haiwan-haiwan tersebut terjatuh dari tebing curam ke dalam sungai sebelum sebahagiannya bertindih antara satu sama lain hingga mengakibatkan kematian.

Rakaman video yang dikongsi penyiar negara, Namibia Broadcasting Corporation, menunjukkan puluhan lelaki menggunakan kapak untuk memotong daging kerbau dan memuatkannya ke dalam trak pikap.

Namibia, sebuah negara separa gurun di selatan Afrika, memperoleh kira-kira tujuh peratus daripada keluaran dalam negara kasarnya melalui sektor pelancongan.

Pada 2018, lebih 400 ekor kerbau yang turut dipercayai dikejar singa dilaporkan mati lemas di sebuah sungai di utara Botswana, namun insiden seumpama itu biasanya melibatkan angka kematian yang lebih kecil. – AFP

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sekurang-kurangnya 90 ekor kerbau mati dipijak dalam kejadian rempuhan di timur jauh Namibia
  • Kejadian berlaku ketika kerbau tersebut melarikan diri daripada serangan singa
  • Singa yang mengejar kumpulan kerbau itu dari Botswana
  • Haiwan-haiwan tersebut terjatuh dari tebing curam ke dalam sungai sebelum bertindih mengakibatkan kematian
  • Insiden ini merupakan satu daripada kejadian yang melibatkan angka kematian tinggi berbanding biasanya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!