'Urusan lancar, ada yang baru tukar MyKad selepas 11 tahun'

Suasana di kaunter JPN UTC Perak berjalan lancar tanpa kesesakan luar biasa meskipun kerajaan mengumumkan pengecualian caj RM10 bagi penggantian MyKad rosak bermula hari ini hingga 7 Oktober depan.
Suasana di kaunter JPN UTC Perak berjalan lancar tanpa kesesakan luar biasa meskipun kerajaan mengumumkan pengecualian caj RM10 bagi penggantian MyKad rosak bermula hari ini hingga 7 Oktober depan.
A
A
A

IPOH - "Sejak umur 12 tahun, ini kali pertama saya tukar MyKad saya."

Demikian perkongsian Kumar, 23, ketika ditemui di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak pada Selasa.

Anak muda dari Ipoh itu mengakui sengaja hadir ke UTC selepas tamat waktu kerja bagi mengelak kesesakan orang ramai.

Menurutnya, meskipun cip MyKad tidak mengalami sebarang kerosakan, dia bimbang sekiranya berlaku masalah terutama ketika membuat tuntutan subsidi petrol RON95 di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95).

"Saya ada lesen motosikal dan kereta, tetapi MyKad masih guna yang lama. Jadi hari ini baru berkesempatan pergi tukar," katanya sambil tersenyum.

Sementara itu, tinjauan mendapati suasana di kaunter JPN UTC Perak berjalan lancar tanpa kesesakan luar biasa meskipun kerajaan mengumumkan pengecualian caj RM10 bagi penggantian MyKad rosak bermula hari ini hingga 7 Oktober depan.

Keadaan pada sebelah petang juga reda dengan urusan pelanggan diselesaikan dengan cepat dan teratur.

Terdahulu, JPN memaklumkan pihaknya bersedia melanjutkan waktu operasi sekiranya berlaku lonjakan permohonan penggantian cip MyKad menjelang pelaksanaan program BUDI95.

Pengecualian caj itu memberi peluang kepada rakyat menukar MyKad rosak tanpa beban kos tambahan, sekali gus menarik lebih ramai hadir ke kaunter JPN.

Artikel Berkaitan:

Mekanisme tuntutan subsidi petrol RON95 di bawah program BUDI95 akan menggunakan MyKad sebagai kaedah pengesahan utama di stesen minyak.

Langkah itu bagi memastikan hanya warganegara dengan lesen memandu sah yang disahkan melalui rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) layak menikmati subsidi.

Ringkasan AI

  • Sejak umur 12 tahun, ini kali pertama Kumar, 23, tukar MyKad
  • Kumar hadir ke UTC selepas waktu kerja untuk mengelak kesesakan
  • Tukar MyKad untuk mengelak masalah ketika membuat tuntutan subsidi petrol RON95
  • Kerajaan umum pengecualian caj RM10 bagi penggantian MyKad rosak
  • Subsidi petrol RON95 menggunakan MyKad sebagai kaedah pengesahan utama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!