Kerajaan akan perkenal beberapa mekanisme kawalan subsidi RON95

GEORGE TOWN - Kerajaan akan memperkenalkan beberapa mekanisme kawalan untuk memastikan pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 berjalan lancar dan tidak disalah guna.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, langkah itu antara lain, bagi memastikan golongan seperti pemandu e-hailing yang memerlukan lebih 300 liter sebulan benar-benar layak melalui pengesahan bersama syarikat masing-masing.
"Kalau kelayakan itu ada, mereka boleh memohon dengan sokongan syarikat. Kita boleh mengesahkan penggunaan tersebut melalui rekod sistem e-hailing sama ada benar-benar digunakan untuk bekerja.
"Kerajaan juga tidak akan membenarkan penggunaan yang terlalu banyak dalam sehari,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Mega E-Invois Siri 2/2025 Peringkat Nasional di sini pada Selasa.
Ringkasan AI
- Kerajaan akan memperkenalkan mekanisme kawalan penyasaran subsidi petrol RON95
- Langkah ini untuk memastikan pelaksanaan subsidi tidak disalah guna
- Pemandu e-hailing yang perlukan lebih 300 liter sebulan layak melalui pengesahan syarikat
- Penggunaan yang melebihi had dalam sehari tidak akan dibenarkan
- Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkannya di George Town
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
