Bakar isteri hingga mati hanya kerana enggan masak mi segera

Andre (tengah) turut memukul mangsa sebelum bertindak membakarnya hidup-hidup. Foto Agensi
Andre (tengah) turut memukul mangsa sebelum bertindak membakarnya hidup-hidup. Foto Agensi
A
A
A

CAKUNG - Hanya kerana enggan memasak mi segera, seorang wanita maut selepas dibakar hidup-hidup oleh suaminya sendiri dalam kejadian Khamis lalu.

Suspek dikenali sebagai MA atau Andre, 29, melakukan perbuatan itu terhadap Siti Nurkalisah, 33, di rumah sewa mereka di Jalan Pulau Jahe, Kecamatan Cakung di Jakarta Timur, Indonesia.

"Andre mendakwa isterinya terlalu khusyuk bermain telefon bimbit dan tidak mengendahkan permintaannya. Pelaku tak berpuas hati lalu mengambil botol berisi thinner (pencair) selepas bertengkar dan dicabar isterinya.

"Dia kemudiannya menyimbah cecair tersebut pada bahagian atas tubuh mangsa dan menyalakan api. Kebakaran itu sempat dikawal sebelum ia marak ke seluruh bangunan," kata Kanit Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA), AKP Sti Yatmini.

Isterinya yang mengalami kesan melecur teruk sempat mendapatkan rawatan di Rumah Sakit Islam Pondok Kopi sebelum disahkan meninggal dunia. - Agensi

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki di Cakung, Jakarta Timur, membakar isterinya kerana enggan memasak mi segera
  • Andre membakar Siti Nurkalisah selepas bertengkar mengenai permainan telefon bimbit
  • Pelaku menggunakan thinner sebagai bahan pembakar
  • Kebakaran itu sempat dikawal sebelum marak ke bangunan
  • Isterinya meninggal dunia akibat kecederaan melecur teruk

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!