Polis buru lelaki pecah rumah di Ipoh

IPOH - Polis memburu seorang lelaki disyaki terlibat kes pecah rumah di Lapangan Perdana di sini pada 13 September.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian berlaku 2.48 petang dan suspek memakai topi biru serta pelitup muka telah memecahkan penyelak pintu jeriji.
"Suspek melarikan diri menggunakan kereta Proton Persona bernombor pendaftaran BMH 7286 yang dilaporkan hilang di Taman Rishah di sini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, siasatan kes pecah rumah dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan manakala kecurian kereta Seksyen 379A kanun sama.
Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh menerusi talian 05-245 1542 bagi membantu siasatan. - Bernama
Ringkasan AI
- Polis memburu lelaki disyaki pecah rumah di Lapangan Perdana, Ipoh pada 13 September
- Suspek memakai topi biru dan pelitup muka, memecah penyelak pintu jeriji
- Melarikan diri menggunakan kereta Proton Persona nombor pendaftaran BMH 7286 yang dilaporkan hilang
- Siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan untuk kes pecah rumah dan Seksyen 379A untuk kecurian kereta
- Orang ramai diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh bagi membantu siasatan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
