BUDI95 tunjukkan Kerajaan Madani cakap serupa bikin

Ahmad, Azalina
Ahmad, Azalina
A
A
A

SHAH ALAM - Penyasaran subsidi petrol Budi Madani RON95 (BUDI95) menyerlahkan komitmen Kerajaan Madani yang cakap serupa bikin atau 'walk the talk' dalam memastikan kesejahteraan rakyat terjamin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, setiap langkah disusun dengan penuh pertimbangan ekonomi demi kebajikan rakyat.

"Harga subsidi RON95 disasarkan pada RM1.99 seliter bagi warganegara dan RM2.60 bagi bukan warganegara.

"Ini dapat direalisasikan hasil pendirian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menekankan peri pentingnya tatakelola dan tadbir urus baik yang memungkinkan manfaat ini di kala dunia berdepan dengan situasi ekonomi serta ketidaktentuan yang mencabar," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Terdahulu, Anwar mengumumkan bahawa harga petrol RON95 akan diturunkan daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September ini menerusi inisiatif BUDI95.

Kata beliau, langkah itu hanya melibatkan rakyat Malaysia, manakala bukan warganegara perlu membayar pada kadar RM2.60 seliter selepas tarikh berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, inisiatif dilakukan kerajaan itu akan membantu menurunkan kos sara hidup.

"Terima kasih Perdana Menteri. Terima kasih kerana Kerajaan Madani beri subsidi minyak dan dapat turunkan harga kepada RM1.99 seliter untuk RON95 kecuali kepada warga asing dan syarikat-syarikat besar.

"Rakyat didahulukan. Kos sara hidup rakyat kita bantu turunkan. Kini wajar kita terus bijak berbelanja," katanya ringkas, juga menerusi hantaraan Facebook.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Penyasaran subsidi petrol Budi Madani RON95 menunjukkan komitmen Kerajaan Madani dalam menjamin kesejahteraan rakyat
  • Harga subsidi RON95 ditetapkan pada RM1.99 seliter untuk warganegara dan RM2.60 untuk bukan warganegara
  • Inisiatif ini sejalan dengan pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang pentingnya tatakelola dan tadbir urus yang baik
  • Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan harga petrol RON95 dari RM2.05 ke RM1.99 seliter bermula 30 September untuk rakyat Malaysia
  • Inisiatif tersebut bertujuan untuk menurunkan kos sara hidup rakyat Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!