Warga emas hilang dipercayai jatuh laut ditemukan lemas

Mayat mangsa dibawa ke atas jeti sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Foto BBP Pontian Baru
Mayat mangsa dibawa ke atas jeti sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Foto BBP Pontian Baru
A
A
A

PONTIAN - Warga emas yang hilang dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika mencuci bilah kipas enjin bot di Jeti nelayan Jalan Tambak-Pontian Kechil di sini pada Ahad ditemukan lemas tidak jauh dari lokasi kejadian.

Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata, mayat mangsa timbul sendiri pada jam 3.25 petang kira-kira 10 meter dari lokasi kejadian.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa naik oleh rakannya dengan bantuan bomba sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Terdahulu Mahadir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.02 tengah hari mengenai seorang warga emas yang dikhuatiri lemas dipercayai akibat terjatuh ke dalam laut di jeti nelayan di sini.

Laporan Sinar Harian pada Ahad.
Laporan Sinar Harian pada Ahad.

Susulan itu katanya, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu bot aluminium dan dua kenderaan pacuan empat roda dengan dengan 17 anggota bomba telah dihantar ke lokasi dengan jarak kira-kira lima kilometer.

“Setibanya di lokasi pada jam 12.09 tengah hari didapati mangsa iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 65 tahun dipercayai lemas ketika membuat kerja-kerja pembersihan bilah kipas enjin bot.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamatkan mangsa kemudiannya diteruskan dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kluang sehingga mangsa ditemukan apabila timbul sendiri pada permukaan air.

Artikel Berkaitan:

"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.10 petang," katanya.

Ringkasan AI

  • Warga emas hilang dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika mencuci bilah kipas enjin bot
  • Mayat mangsa ditemukan lemas tidak jauh dari lokasi kejadian
  • Mayat mangsa timbul sendiri pada jam 3.25 petang kira-kira 10 meter dari lokasi
  • Operasi penyelamat melibatkan 17 anggota bomba dan pelbagai peralatan
  • Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.10 petang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!