Cegah buli, remaja asnaf dilatih bina jati diri

Program Remaja Dinamik berlangsung sejak Rabu lalu dengan penyertaan 50 pelajar asnaf berusia antara 12 hingga 17 tahun.
Program Remaja Dinamik berlangsung sejak Rabu lalu dengan penyertaan 50 pelajar asnaf berusia antara 12 hingga 17 tahun.
A
A
A

IPOH - Kesedaran mengenai isu buli menjadi antara pengisian utama Program Remaja Dinamik yang disertai 50 pelajar asnaf sempena cuti persekolahan minggu ini.

Pengerusi Pertubuhan Kasih Kita Negeri Perak, Rosdziah Mohd Zainuddin berkata, topik tersebut banyak disentuh fasilitator berikutan kebelakangan ini kes buli sering berlaku hingga mengakibatkan kematian.

“Selain mencungkil potensi, membina jati diri serta menyuburkan akhlak, kita mahu memberi kesedaran awal kepada peserta dalam usaha membendung masalah buli.

“Pendedahan ini penting kerana mereka merupakan generasi pelapis yang bakal berdepan cabaran lebih besar pada masa depan,” katanya sempena majlis penutupan program di Tingkap Valley di sini pada Jumaat.

Program bertemakan Mencipta Transformasi Diri Ke Arah Kecemerlangan itu turut memberi fokus kepada pembangunan sahsiah, sosial serta gambaran awal mengenai realiti dunia kerjaya.

Rosdziah berkata, program sulung tersebut berlangsung sejak Rabu lalu dengan penyertaan remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun.

Menurutnya, selain peserta dari Parlimen Tambun, program yang mendapat kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu turut menarik penyertaan dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

“Melihat kepada sambutan baik daripada peserta, saya berharap program ini dapat diperluaskan ke seluruh negeri dan seterusnya ke peringkat nasional,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kesedaran mengenai isu buli menjadi antara pengisian utama Program Remaja Dinamik yang disertai 50 pelajar asnaf sempena cuti persekolahan minggu ini
  • Pengerusi Pertubuhan Kasih Kita Negeri Perak, Rosdziah Mohd Zainuddin menyatakan terdapat peningkatan kes buli yang berakhir dengan kematian
  • Program tersebut bertujuan untuk mencungkil potensi, membina jati diri dan menyuburkan akhlak peserta
  • Menitikberatkan pembangunan sahsiah, sosial dan gambaran awal tentang realiti dunia kerjaya
  • Program ini menarik penyertaan pelajar dari Parlimen Tambun, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang serta diharap dapat diperluaskan ke seluruh negeri dan ke peringkat nasional

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!