Perkasa jati diri dengan semangat Pendekar Madani - PM

Anwar ditabalkan sebagai Imam Khalifah Agung 'Sri Tri Buana Simanjakini Gangga Chula Sakti' oleh Raja Abdul Majid yang mewakili Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.
Anwar ditabalkan sebagai Imam Khalifah Agung 'Sri Tri Buana Simanjakini Gangga Chula Sakti' oleh Raja Abdul Majid yang mewakili Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.
A
A
A

PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa bangsa Melayu tidak akan berjaya sekiranya tiada semangat bersatu, disiplin, kekuatan ilmu serta jati diri yang menghargai budaya sendiri.

Menurutnya, pendekar Melayu sejak zaman Kesultanan Melaka terkenal dengan sifat amanah, disiplin, semangat yang kental, berakhlak mulia serta menolak kezaliman dan penindasan.

Beliau berkata, pendekar sejati bukan ditanam dengan perasaan kebencian terhadap kaum lain, sebaliknya mengangkat maruah dan akhlak bangsa agar dihormati dalam sebuah negara Malaysia Madani yang adil untuk semua.

"Dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, dengan pencak silat yang dikenali dari Laksamana Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan Hang Lekir, dikenali sebagai orang yang amanah, yang kental semangatnya, disiplin, orang yang berakhlak mulia, yang benci akan kezaliman, benci akan penindasan dan benci akan buli dalam kalangan kita.

Anwar ditabalkan sebagai Imam Khalifah Agung 'Sri Tri Buana Simanjakini Gangga Chula Sakti' oleh Raja Abdul Majid yang mewakili Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.
Anwar ditabalkan sebagai Imam Khalifah Agung 'Sri Tri Buana Simanjakini Gangga Chula Sakti' oleh Raja Abdul Majid yang mewakili Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.

“Kehebatan seni pertahanan diri bukan untuk bermegah atau angkuh, sebaliknya melatih anak bangsa agar berdisiplin, menghormati sesama insan, menjaga keamanan negara serta hidup dengan adil dan bahagia,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Pendekar Madani di Politeknik Seberang Perai pada Selasa.

Dalam majlis itu, Perdana Menteri ditabalkan sebagai Imam Khalifah Agung 'Sri Tri Buana Simanjakini Gangga Chula Sakti' oleh Datuk Dr Raja Abdul Majid Raja Mat Isa yang mewakili Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.

Sementara itu, bagi memperkukuh gerakan Pendekar Madani, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk menyelaras aktiviti silat di seluruh negara di bawah payung Pendekar Madani dengan kerjasama Pertubuhan Lima Generasi serta Pejabat Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut mahu semua sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan institut pendidikan guru (IPG) di seluruh negara agar turut serta menyokong dan melaksanakan program berkenaan.

Beliau berkata, program tersebut penting dalam usaha menghidupkan semula semangat bangsa dan budaya rakyat Malaysia.

Jelasnya, pendekatan baharu ini bukan sahaja bertujuan memperkasa silat sebagai seni mempertahankan diri, tetapi juga sebagai alat pendidikan yang menanam nilai disiplin, adab, semangat kebangsaan dan perpaduan dalam kalangan generasi muda.

Justeru, beliau meminta supaya gerak kerja berhubung sebarang bentuk kegiatan Pendekar Madani dimulakan segera mulai tahun ini.

"Saya mahu semangat Pendekar Madani ini tidak terhenti pada majlis hari ini sahaja, sebaliknya digerakkan di semua peringkat termasuk sekolah, politeknik dan institut pendidikan.

"Kita mahu anak muda bersatu dengan disiplin, hormat pada guru dan ibu bapa, serta cinta kepada negara,” tegasnya.

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan persatuan, disiplin, kekuatan ilmu dan jati diri dalam kejayaan bangsa Melayu
  • Semangat pendekar Melayu yang terkenal sejak zaman Kesultanan Melaka adalah amanah, disiplin dan berakhlak mulia
  • Anwar menyatakan seni pertahanan diri bukan untuk kebanggaan tetapi untuk mendidik anak bangsa berdisiplin dan menghormati sesama
  • RM2 juta diperuntukkan untuk menyokong aktiviti silat di bawah payung Pendekar Madani dengan kerjasama Pertubuhan Lima Generasi dan Pejabat Perdana Menteri
  • Program Pendekar Madani bertujuan menghidupkan semangat bangsa dan budaya serta menanam nilai disiplin dan perpaduan di kalangan generasi muda

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!