Kapal selam nuklear Rusia lancar peluru berpandu di Laut Okhotsk

Latihan menembak peluru berpandu itu adalah sebahagian daripada latihan perintah dan kakitangan yang dijalankan oleh Komando Bersama Angkatan Tentera di timur laut Rusia sejak 12 September. Foto Russin News Agency
Latihan menembak peluru berpandu itu adalah sebahagian daripada latihan perintah dan kakitangan yang dijalankan oleh Komando Bersama Angkatan Tentera di timur laut Rusia sejak 12 September. Foto Russin News Agency
A
A
A

VLADIVOSTOK - Dua kapal selam berkuasa nuklear Armada Pasifik Rusia berjaya melancarkan peluru berpandu jelajah semasa latihan laut di Laut Okhotsk, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan perkhidmatan akhbar armada itu pada Jumaat, kapal selam pelbagai guna Krasnoyarsk dan Omsk menembak peluru berpandu jelajah Oniks dan Granit ke arah sasaran laut yang ditetapkan lebih 250 kilometer jauhnya.

Data pemantauan menunjukkan ketiga-tiga peluru berpandu mengenai sasaran dengan tepat. Kapal permukaan dan unit penerbangan tentera laut Armada Pasifik turut dikerahkan untuk mengawal kawasan ujian semasa pelancaran itu.

Latihan menembak peluru berpandu itu adalah sebahagian daripada latihan perintah dan kakitangan yang dijalankan oleh Komando Bersama Angkatan Tentera di timur laut Rusia sejak 12 September.

Latihan itu memberi tumpuan kepada usaha melindungi laluan laut di utara Lautan Pasifik serta mempertahankan garis pantai di wilayah Kamchatka dan Chukotka serta wilayah kepulauan berdekatan.

Armada itu berkata, latihan tersebut dijalankan di bawah pelan latihan tentera laut Rusia dan berfungsi sebagai peringkat akhir latihan tempur bagi tempoh musim panas. - Bernama-Xinhua

 

 

-

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Dua kapal selam berkuasa nuklear Armada Pasifik Rusia melancarkan peluru berpandu jelajah di Laut Okhotsk
  • Kapal selam Krasnoyarsk dan Omsk menembak peluru berpandu Oniks dan Granit ke sasaran lebih 250 kilometer jauhnya
  • Ketiga-tiga peluru berpandu mengenai sasaran dengan tepat
  • Latihan ini adalah sebahagian daripada latihan perintah dan kakitangan yang dijalankan sejak 12 September
  • Latihan bertujuan melindungi laluan laut di utara Lautan Pasifik dan mempertahankan garis pantai wilayah Kamchatka dan Chukotka

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!