Pengarah urusan dipenjara sehari, didenda RM10,000 kes rasuah

Kau Lik (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.
Kau Lik (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.
A
A
A

MELAKA - Pengarah urusan sebuah syarikat swasta dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah memberi rasuah RM2,000 kepada seorang individu bagi mendapatkan projek sewaan genset.

Tertuduh, Lee Kau Lik,63, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Berdasarkan pertuduhan, Kau Lik didapati secara rasuah memberikan kepada seorang individu satu suapan, iaitu wang berjumlah RM2,000 secara pindahan atas talian ke akaun Public Bank milik isteri individu tersebut.

Ia sebagai upah bagi membantu syarikat tertuduh mendapatkan projek bagi Penyewaan Genset bernilai RM166,500.

Kesalahan dilakukan di Public Bank Cawangan Tengkera di sini pada 5 November 2023.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal kesalahan itu atau RM10,000 mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Sharina Farhana Nor Sa’ari bagaimanapun memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Peguam KP Quek yang mewakili tertuduh merayu hukuman paling minima dikenakan ke atas anak guamnya dengan alasan ia kesalahan pertama dilakukan tertuduh selain anak guamnya juga telah insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman sehari dan denda RM10,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar.

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Pengarah urusan syarikat swasta dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 kerana rasuah
  • Lee Kau Lik mengaku bersalah memberi suapan RM2,000 untuk mendapatkan projek sewaan genset
  • Suapan RM2,000 diberikan melalui pindahan atas talian ke akaun Public Bank
  • Suapan bertujuan untuk mendapatkan projek Penyewaan Genset bernilai RM166,500
  • Kesalahan dilakukan pada 5 November 2023 di Public Bank Cawangan Tengkera

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!