Masjid Assolehin bakal jadi pusat ilmu, ibadah

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya melalui akaun Bank Islam Tetuan Maahad Assolehin bernombor 02011010138477 atau menghubungi talian 013-5325284.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya melalui akaun Bank Islam Tetuan Maahad Assolehin bernombor 02011010138477 atau menghubungi talian 013-5325284.
A
A
A

SIK – Masjid Assolehin yang sedang dalam pembinaan di Kampung Lubuk Rambai, Jalan Nami, Naka di sini bukan sahaja menjadi rumah ibadah utama penduduk setempat, malah turut berfungsi sebagai pusat ilmu serta persinggahan strategik musafir.

Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan, Mohamed @ Fauze Husain berkata, untuk itu satu projek khas melibatkan kerja memperluas dewan solat utama, membina ruang serbaguna untuk kuliah agama serta menaik taraf tempat wuduk dan tandas sedang giat dijalankan.

Menurut beliau, turut serta dalam penambahbaikan ialah kelengkapan seperti permaidani dan sistem audio baharu.

Masjid Assolehin yang sedang dalam pembinaan di Kampung Lubuk Rambai, Jalan Nami, Naka di sini bukan sahaja menjadi rumah ibadah utama penduduk setempat, malah turut berfungsi sebagai pusat ilmu serta persinggahan strategik musafir.

“Masjid bukan sekadar tempat solat, tetapi juga menjadi pusat ilmu dan kegiatan sosial.

"Dengan adanya pembinaan ini, kita berharap masjid dapat berperanan lebih baik untuk umat,” katanya.

Menurut beliau, projek itu menelan kos kira-kira RM400,000 dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan.

Ujarnya, bagaimanapun dana yang dikumpulkan setakat ini masih belum mencukupi.

Artikel Berkaitan:

Mohamed memberitahu sehubungan itu pihak jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi merealisasikan hasrat tersebut.

“Setiap sumbangan, walaupun kecil, amat besar maknanya. Insya_ALLAH, ia akan menjadi amal jariah yang berterusan pahalanya,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya melalui akaun Bank Islam Tetuan Maahad Assolehin bernombor 02011010138477 atau menghubungi talian 013-5325284.

Ringkasan AI

  • Masjid Assolehin di Kampung Lubuk Rambai sedang dinaik taraf untuk menjadi pusat ibadah dan ilmu
  • Projek penambahbaikan termasuk perluasan dewan solat, pembinaan ruang serbaguna dan peningkatan tempat wuduk
  • Kelengkapan seperti permaidani dan sistem audio baharu turut disertakan dalam penambahbaikan
  • Projek pembinaan menelan kos kira-kira RM400,000 dan dijangka siap dalam enam bulan
  • Jawatankuasa pembinaan mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk menampung kos pembinaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!