[VIDEO] 'Bukan satu perjalanan yang mudah' - Naim Daniel
PUTRAJAYA – Penyanyi dan pelakon popular, Naim Daniel mengakui perjalanan yang dilaluinya selepas berdepan kes amang seksual bukan satu perkara mudah.
Menurutnya, tumpuan utama beliau kini adalah untuk memastikan diri kekal sihat, positif dan dikelilingi insan tersayang.

“Ia bukan satu perjalanan yang mudah selepas apa yang berlaku. Ini juga satu cara untuk saya jadi lebih matang di masa akan datang,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Istana Kehakiman di sini pada Jumaat.
Naim, 28, atau nama sebenarnya, Muhammad Na'im Daniel Baharin berkata, beliau sedang dalam proses menyiapkan lagu baharu yang dijangka dilancarkan hujung bulan ini.
“Saya tengah nak selesaikan lagu baru sebab hendak lancarkan pada hujung bulan ini dan sekarang tengah proses recording,” katanya.
Naim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan pada 19 Mei lalu.
Mengikut pertuduhan, selebriti terbabit didakwa melakukan amang seksual fizikal bagi tujuan seksual terhadap mangsa berusia 17 tahun di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor, jam 8.56 malam, 19 Mei lalu.
Jika sabit kesalahan, pelantun lagu Sumpah itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dihukum sebat.
Ringkasan AI
- Naim Daniel berdepan kes amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan
- Beliau mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut
- Menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan
- Fokus kepada kesihatan, kepositifan dan dikelilingi insan tersayang selepas insiden
- Sedang menyiapkan lagu baharu yang dijangka dilancarkan hujung bulan ini
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

