Wanita maut serangan jantung selepas 3 hari diganggu scammer

HYDERABAD - Satu kes jenayah siber menggemparkan orang ramai setelah mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.
Kejadian itu menimpa seorang bekas doktor berusia 76 tahun di Hyderabad, India yang diganggu selama tiga hari berturut-turut oleh scammer.
Menurut Times of India, scammer yang menyamar sebagai pihak berkuasa itu meminta 660,000 rupee (RM31,400) dan terus mengugutnya walaupun selepas mangsa sudah meninggal dunia.
Menurut polis, bekas pegawai perubatan di Mamidipudi Nagarjuna Area Hospital di Malakpet itu pertama kali dihubungi scammer tersebut menerusi panggilan video di WhatsApp pada 5 September lalu.
Pemanggil turut menggunakan logo polis Bengaluru sebagai gambar profil dan menunjukkan dokumen palsu yang menuduhnya terlibat sindiket pemerdagangan manusia.
"Mangsa yang takut selepas diancam akan ditahan bertindak segera memindahkan wang seperti diminta scammer berkenaan. Gangguan itu berterusan selama hampir 70 jam hingga menyebabkannya berasa tertekan.
"Wanita itu akhirnya jatuh pengsan di rumahnya setelah mengadu sakit dada. Dia sempat dibawa ke dua hospital, namun tidak dapat diselamatkan," menurut laporan media.
Difahamkan, keluarganya hanya mengetahui tentang gangguan itu selepas upacara pengebumiannya pada 9 September.
Lebih mengejutkan, scammer tersebut masih menghantar mesej 'selamat pagi' pada keesokan harinya.
Polis Jenayah Siber Hyderabad telah memfailkan kes itu dan penyiasat kini menjejaki nombor telefon dan akaun bank digunakan scammer berkenaan. - Agensi
Ringkasan AI
- Satu kes jenayah siber di Hyderabad mengakibatkan kematian seorang bekas doktor berusia 76 tahun akibat serangan jantung
- Mangsa diganggu selama tiga hari berturut-turut oleh scammer yang menyamar sebagai pihak berkuasa meminta 660,000 rupee
- Scammer mengugut mangsa dengan tuduhan terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia menggunakan logo polis Bengaluru dalam panggilan video WhatsApp
- Gangguan berterusan hampir 70 jam menyebabkan mangsa berasa tertekan, jatuh pengsan dan meninggal dunia setelah dibawa ke dua hospital
- Keluarga mangsa hanya mengetahui tentang gangguan tersebut selepas upacaranya, sementara scammer masih menghantar mesej selepas mangsa meninggal dunia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

