Pokok tumbang hempap kereta

Sebuah kereta jenis Nissan Serena rosak selepas dihempap sebatang pokok tumbang.
Sebuah kereta jenis Nissan Serena rosak selepas dihempap sebatang pokok tumbang.
A
A
A

GEORGE TOWN - Sebuah kereta jenis Nissan Serena rosak selepas dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Concord 12, Tanjung Bungah, awal pagi Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.09 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal digerakkan ke lokasi.

"Pokok tumbang menghempap sebuah kereta yang diparkir berhampiran namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden ini.

"Pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas bagi kerja pemotongan dan pengalihan pokok serta pemantauan bagi memastikan keselamatan persekitaran," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

John Sagun berkata, selepas memastikan keadaan selamat dan tiada lagi merbahaya lain, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.55 pagi.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kereta Nissan Serena rosak dihempap pokok tumbang di Tanjung Bungah
  • Pihak Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.09 pagi
  • Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal digerakkan ke tempat kejadian
  • Tiada mangsa dilaporkan dalam insiden ini
  • Operasi penyelamatan ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.55 pagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!