Pokok tumbang hempap treler, kereta

Sebatang pokok tumbang menghempap sebuah treler dan kereta di Jalan Pipato pada pagi Rabu.
Sebatang pokok tumbang menghempap sebuah treler dan kereta di Jalan Pipato pada pagi Rabu.
A
A
A

BUTTERWORTH – Dua pemandu kenderaan berdepan detik mencemaskan apabila dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Pipato, di sini, pada pagi Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.45 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth digerakkan ke lokasi.

Anggota bomba memotong pokok tumbang yang menimpa dua buah kenderaan di Jalan Pipato, pada Rabu.
Anggota bomba memotong pokok tumbang yang menimpa dua buah kenderaan di Jalan Pipato, pada Rabu.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, didapati sebatang pokok tumbang menghempap sebuah treler dan kereta Toyota Vios yang melalui laluan berkenaan.

“Pemandu kedua-dua kenderaan iaitu seorang lelaki dan seorang wanita berjaya keluar dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dua pemandu kenderaan berdepan detik cemas apabila dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Pipato pada pagi Rabu.
Dua pemandu kenderaan berdepan detik cemas apabila dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Pipato pada pagi Rabu.

John Sagun berkata, kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok dijalankan oleh anggota bomba menggunakan gergaji rantai dengan bantuan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Artikel Berkaitan:

Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.51 pagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!