Pokok tumbang hempap kereta, dua terselamat

Kejadian pokok tumbang dilaporkan jam 5.40 pagi melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Persona. Foto: Bomba Perak
Kejadian pokok tumbang dilaporkan jam 5.40 pagi melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Persona. Foto: Bomba Perak
A
A
A

TANJUNG MALIM – Dua individu berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Lama menghala ke Tol Behrang di sini awal pagi tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, kejadian dilaporkan jam 5.40 pagi itu melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Persona.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) melibatkan lapan anggota bergegas ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati sebuah kereta dihempap pokok tumbang dengan terdapat dua mangsa di dalam kenderaan tersebut.

Kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar sendiri. Foto: Bomba Perak
Kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar sendiri. Foto: Bomba Perak

“Kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar sendiri,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, ketua operasi melaksanakan penilaian awal sebelum mengarahkan kerja-kerja pemotongan pokok menggunakan gergaji berantai.

“Operasi terkawal jam 6.18 pagi dan ditamatkan sepenuhnya 10 minit kemudian," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Kejadian turut menyebabkan aliran trafik di laluan berkenaan terganggu ekoran kerja-kerja pembersihan dijalankan.

 

Ringkasan AI

  • Dua individu selamat tanpa kecederaan apabila kereta Proton Persona mereka dihempap pokok di Tanjung Malim
  • Pokok tumbang dilaporkan pada jam 5.40 pagi di Jalan Lama menghala ke Tol Behrang
  • Sepasukan lapan anggota bomba dengan sebuah jentera FRT bergegas ke lokasi
  • Operasi memotong pokok menggunakan gergaji berantai selesai sepenuhnya pada jam 6.28 pagi
  • Aliran trafik terganggu akibat kerja-kerja pembersihan pokok tumbang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!