Derita penduduk Gaza bertimpa-timpa

Zionis terus membedil struktur menara di Bandar Gaza sejak awal bulan lalu. Foto AFP
Zionis terus membedil struktur menara di Bandar Gaza sejak awal bulan lalu. Foto AFP
A
A
A

GENEVA – "Pemindahan paksa ratusan ribu kanak-kanak dari Bandar Gaza sememangnya tidak berperikemanusiaan".

Kenyataan tegas itu dibuat jurucakap Tabung Kecemasan Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Tess Ingram berikutan kumpulan itu menuju ke kawasan yang tiada jaminan ia selamat, sesak dan tidak dilengkapi kemudahan buat golongan tersebut.

Data PBB menunjukkan lebih 140,000 daripada kira-kira sejuta penduduk Palestin telah berpindah ke selatan Gaza sejak 14 Ogos lalu.

Beberapa kanak-kanak bersama keluarga masing-masing terpaksa berjalan jauh menuju ke 'zon selamat' ciptaan Israel di selatan Gaza.
Beberapa kanak-kanak bersama keluarga masing-masing terpaksa berjalan jauh menuju ke 'zon selamat' ciptaan Israel di selatan Gaza.

"Hampir 500,000 kanak-kanak yang trauma dengan perang genosid selama lebih 700 hari.

"Tiada apa yang berubah kerana kesengsaraan mereka semakin bertambah," ujarnya menerusi sidang video dari 'zon selamat' ciptaan Israel di al-Mawasi.

Keadaan semakin terdesak kerana ada yang sanggup berpatah balik ke Bandar Gaza yang terus dihujani bom berikutan tiada tempat untuk mereka di kawasan selatan kerana terlalu padat.

Artikel Berkaitan:

Konvoi kereta kebal IDF ditempatkan di kawasan bersempadan Genting Gaza ketika operasi darat sudah pun bermula ke atas tengah wilayah itu pada Selasa. Foto AFP
Konvoi kereta kebal IDF ditempatkan di kawasan bersempadan Genting Gaza ketika operasi darat sudah pun bermula ke atas tengah wilayah itu pada Selasa. Foto AFP

"Penduduk Palestin tidak mempunyai pilihan, sama ada kekal menghadapi bahaya atau berpindah ke tempat yang juga berisiko meragut nyawa mereka," katanya sambil menambah terdapat beberapa kanak-kanak yang terkorban ketika mahu mendapatkan bekalan air di al-Mawasi.

Kumpulan besar dilihat berpindah dari kawasan tengah wilayah itu sejak awal minggu lalu.

Kebanyakan keluarga kembali menuju ke selatan setelah berpindah beberapa kali sejak lebih 23 bulan lalu. Foto AFP
Kebanyakan keluarga kembali menuju ke selatan setelah berpindah beberapa kali sejak lebih 23 bulan lalu. Foto AFP

Salah seorang daripadanya ialah Israa yang melakukan perjalanan mencabar bersama lima anaknya yang kelaparan, kehausan dan berkaki ayam.

"Mereka berjalan tanpa arah tuju dengan sedikit harapan untuk mencari ketenangan di tengah-tengah keganasan perang," menurutnya lagi.

Kebimbangan semakin meningkat selepas Pasukan Pertahanan Israel (IDF) telah mula melancarkan serangan darat ke atas Bandar Gaza setelah ia mengebom tanpa henti struktur di kawasan itu termasuk bangunan kediaman orang awam sejak beberapa minggu lalu. - Agensi

Jalan utama di kawasan kem pelarian Nuseirat sesak dengan perpindahan beramai-ramai. Foto AFP
Jalan utama di kawasan kem pelarian Nuseirat sesak dengan perpindahan beramai-ramai. Foto AFP

Ringkasan AI

  • Pemindahan paksa ratusan ribu kanak-kanak dari Bandar Gaza dikritik sebagai tidak berperikemanusiaan oleh UNICEF
  • Lebih 140,000 warga Palestin telah berpindah ke selatan Gaza sejak 14 Ogos
  • Hampir 500,000 kanak-kanak mengalami trauma akibat perang selama lebih 700 hari
  • Penduduk Palestin tiada pilihan melainkan berpindah ke tempat yang juga berisiko
  • Pasukan Pertahanan Israel memulakan serangan darat ke atas Bandar Gaza setelah beberapa minggu mengebom kawasan itu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!