[VIDEO] Predator pergi kedai naik motor

Lelaki memakai kostum predator tular di laman sosial.
Lelaki memakai kostum predator tular di laman sosial.
A
A
A

KUANTAN - Tindakan seorang lelaki yang memakai kostum watak filem sains fiksyen, predator ketika keluar membeli barang di sebuah kedai di Balok, Kuantan, sehingga tular di laman sosial menarik perhatian pengguna.

Video berdurasi 26 saat yang dimuat naik seorang pelayar Twitter dikenali @HakimmmSuhaimi sejak semalam itu mendapat 132,000 tontonan setakat jam 1.30 petang ini.

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat lelaki itu yang memakai kostum predator.

Salah seorang netizen mendedahkan dia pernah terserempak dengan lelaki tersebut ketika memakai kostum ultraman.

kata @nabeeylaa, "Tak silap saya, sebelum ini dia pakai kostum ultraman."

Menurut @amrlsyqrn, "Hahahaa, macam luar negara dia buat tapi bagus untuk dia."

Sebelum ini, di negara China, tular di laman sosial, seorang wanita di Luzhou ditemui di sebuah hospital dengan memakai kostum zirafah ketika menemani bapanya yang sering mendapatkan rawatan selepas dia mendakwa kehabisan stok topeng muka.