Iran hukum gantung lelaki didakwa jadi pengintip Israel

TEHERAN – Iran melaksanakan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang lelaki dikenali sebagai Babak Shahbazi selepas didapati bersalah mengintip untuk Israel, lapor media rasmi negara itu pada Rabu.
Shahbazi dituduh menggunakan kedudukannya sebagai kontraktor pemasangan alat penyejuk untuk mengumpul maklumat daripada bilik pelayan serta pusat berkaitan ketenteraan dan keselamatan.
Beliau dikatakan bekerjasama dengan Esmaeil Fekri, seorang lagi pesalah yang dihukum gantung pada Jun lalu atas tuduhan sama.
Bagaimanapun, Pusat Hak Asasi Manusia di Iran (CHRI) berpangkalan di New York mengecam hukuman itu, mendakwa Shahbazi menjadi mangsa perbicaraan tidak adil selepas diseksa, ditahan dalam kurungan bersendirian dan dipaksa membuat pengakuan.
Iran sejak beberapa bulan lalu meningkatkan hukuman mati terhadap individu yang dituduh mempunyai kaitan dengan perisikan Israel, dengan sekurang-kurangnya sembilan pesalah sudah digantung tahun ini.- Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

