Trump umum syarikat gergasi AS setuju beli TikTok

Donald Trump mendedahkan bahawa sekumpulan individu kaya merancang untuk membeli aplikasi TikTok - Foto: Agensi
Donald Trump mendedahkan bahawa sekumpulan individu kaya merancang untuk membeli aplikasi TikTok - Foto: Agensi
A
A
A

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan sekumpulan syarikat gergasi AS mencapai persetujuan untuk membeli aplikasi TikTok.

Ia sekali gus menandakan kejayaan besar dalam rundingan yang berlarutan hampir setahun.

Trump berkata, perjanjian itu bakal memastikan aplikasi berkenaan terus beroperasi dengan pemilikan berpindah daripada syarikat induknya di China, ByteDance, kepada entiti baharu yang dikawal oleh pelabur AS.

“Kami sudah mempunyai perjanjian untuk TikTok, sekumpulan syarikat besar mahu membelinya,” katanya dalam sidang media di Rumah Putih.

Pengumuman itu dibuat menjelang tarikh akhir, 17 September yang ditetapkan kerajaan untuk ByteDance menjual atau menutup operasi TikTok di AS.

Namun, Rumah Putih melanjutkan tarikh akhir itu hingga 16 Disember bagi memberi masa tambahan memuktamadkan urusan pelupusan.

Menurut laporan Wall Street Journal, entiti baharu itu akan dikawal oleh lembaga pengarah yang didominasi rakyat AS termasuk seorang ahli yang dilantik kerajaan.

TikTok yang mempunyai 170 juta pengguna di AS sebelum ini dianggap berisiko kepada keselamatan negara kerana data pengguna berpotensi diakses pemerintah China.

Atas kebimbangan itu, Kongres meluluskan undang-undang pada 2024 yang mewajibkan pelupusan aplikasi tersebut.

Artikel Berkaitan:

Trump bagaimanapun menolak gesaan untuk menutup aplikasi berkenaan secara drastik kerana bimbang menimbulkan kemarahan pengguna.

Beliau malah mengakui platform itu telah membantunya meraih sokongan dalam Pilihan Raya Presiden lalu, dengan akaun peribadinya mempunyai 15 juta pengikut.

Ringkasan AI

  • Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan sekumpulan syarikat gergasi AS mencapai persetujuan untuk membeli aplikasi TikTok
  • Perjanjian itu memastikan pemilikan TikTok beralih dari syarikat induknya di China, ByteDance, kepada entiti baharu dikawal pelabur AS
  • Pengumuman ini menyusul menjelang tarikh akhir yang ditetapkan kerajaan AS untuk ByteDance menjual atau menutup operasi TikTok di negara itu
  • Entiti baharu yang akan mengawal TikTok akan didominasi oleh lembaga pengarah rakyat AS termasuk seorang ahli yang dilantik kerajaan
  • TikTok, dengan 170 juta pengguna di AS, dianggap berisiko kepada keselamatan negara atas kebimbangan data pengguna boleh diakses pemerintah China

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!