Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut kemalangan

Seorang penunggang motosikal meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Batu Belah di sini pada Selasa.
Seorang penunggang motosikal meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Batu Belah di sini pada Selasa.
A
A
A

KLANG – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Batu Belah di sini pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.40 malam.

"Seramai enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara bergegas ke lokasi yang jaraknya sejauh lima kilometer," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi enam minit kemudian, pihaknya mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal Ducati dan sebuah Perodua Myvi.

"Seorang lelaki yang juga penunggang motosikal berusia 42 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Anggota bomba sedang menunggu pihak polis untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kemalangan di Jalan Batu Belah, Klang
  • Panggilan kecemasan diterima pada jam 11.40 malam
  • Seramai enam anggota bomba bergegas ke lokasi kemalangan sejauh lima kilometer
  • Kemalangan melibatkan sebuah motosikal Ducati dan sebuah Perodua Myvi
  • Penunggang motosikal berusia 42 tahun disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!