Hasil pesawah Kelantan susut 80 peratus, rumput lebih banyak daripada padi

Lebih 3,000 pesawah di Kelantan bimbang hasil padi susut 80 peratus kerana kekurangan air. Gambar hiasan
Lebih 3,000 pesawah di Kelantan bimbang hasil padi susut 80 peratus kerana kekurangan air. Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Lebih 3,000 pesawah meluahkan kebimbangan hasil padi yang diusahakan mereka dijangka susut 80 peratus semasa proses menuai bulan depan susulan bekalan air tidak mencukupi.

Pengerusi Persatuan Pesawah Kelantan (Pesak), Zuha Ismail berkata, situasi itu memberi kesan kepada proses menabur benih yang bermula Jun dan Julai lalu.

Zuha
Zuha

"Bekalan air sangat penting apabila proses menabur dilakukan. Apa yang menyedihkan, bekalan air dari rumah pam Kemubu tidak dapat dibekalkan ke sawah dalam tempoh tertentu," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Menurut beliau, situasi itu menyebabkan rumput mulai tumbuh segar di kawasan sawah berbanding padi.

Ujarnya, antara kawasan yang terjejas ialah Kota Bharu Utara, Kota Bharu Selatan, Pasir Puteh, Bachok, Tumpat dan sebahagian di Pasir Mas.

Zuha memberitahu, sudah empat musim berturut-turut pesawah menanggung kerugian untuk tahun ini.

"Jika masalah air masih tidak dapat diselesaikan berkemungkinan besar pesawah tidak akan menanam padi untuk musim depan melainkan isu air sudah ditangani KADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu).

"Situasi sawah kami sekarang bukan tanam padi, tapi seperti tanam rumput kerana rumput lebih banyak berbanding padi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lebih 3,000 pesawah di Kelantan bimbang hasil padi susut 80 peratus kerana kekurangan air
  • Bekalan air yang tidak mencukupi sejak Jun dan Julai mempengaruhi proses menabur benih
  • Kekurangan air menyebabkan rumput tumbuh subur di sawah berbanding padi
  • Kawasan terjejas termasuk Kota Bharu Utara dan Selatan, Pasir Puteh, Bachok, Tumpat, dan Pasir Mas
  • Pesawah mengalami kerugian empat musim berturut-turut dan mungkin tidak menanam padi musim depan jika masalah air berterusan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!