Wanita maut, 7 termasuk kanak-kanak cedera dalam nahas dua kenderaan

Seorang wanita maut manakala 7 yang lain termasuk seorang kanak-kanak perempuan cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Jalan Jemaluang-Mersing berhampiran Jemaluang Dairy Valley petang tadi. - Foto: FB JBPM Mersing
Seorang wanita maut manakala 7 yang lain termasuk seorang kanak-kanak perempuan cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Jalan Jemaluang-Mersing berhampiran Jemaluang Dairy Valley petang tadi. - Foto: FB JBPM Mersing
A
A
A

MERSING - Seorang wanita maut manakala tujuh yang lain termasuk seorang kanak-kanak perempuan cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Jalan Jemaluang-Mersing berhampiran Jemaluang Dairy Valley di sini, petang tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Rushdan Md Yusuf berkata mangsa, Aishah Hasan, 48, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 2.36 petang, sebelum sebuah jentera Fire Rescue Tender dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Mersing digegaskan ke lokasi kejadian.

"Kemalangan itu membabitkan sebuah kereta Toyota Vios yang bertembung dengan kereta Honda BRV.

"Terdapat seorang mangsa tersepit dalam Toyota Vios dan anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.

Rushdan berkata, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Mersing dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis, manakala operasi tamat sepenuhnya pada 3.24 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani ketika dihubungi Bernama mengesahkan kemalangan terbabit. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang wanita maut dan tujuh lainnya cedera dalam kemalangan di Jalan Jemaluang-Mersing
  • Kemalangan melibatkan dua kereta, Toyota Vios dan Honda BRV
  • Mangsa yang maut dikenali sebagai Aishah Hasan berusia 48 tahun
  • Seorang mangsa tersepit dalam Toyota Vios dan diselamatkan oleh bomba
  • Operasi penyelamat tamat pada 3.24 petang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!