SAR pemandu jentera pengorek tertimbus runtuhan kuari ditangguh

Laporan Sinar Harian berhubung insiden pemandu jengkaut dikhuatiri tertimbus runtuhan batu kuari
Laporan Sinar Harian berhubung insiden pemandu jengkaut dikhuatiri tertimbus runtuhan batu kuari
A
A
A

KUANTAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pemandu jentera pengorek yang tertimbus dalam kejadian runtuhan batu di tapak kuari, Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub ditangguhkan pada jam 7 malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata operasi yang memasuki hari ketiga bagi mengesan Mohammad Fazrul Illahi Ab Rahman, 30, akan bersambung 8 pagi esok.

"Operasi dilaksanakan dengan pengalihan bongkah batu di kawasan mangsa dipercayai tertimbus. Dianggarkan 15 tan metrik batu telah dialihkan setakat ini, namun mangsa belum dijumpai,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, dua ekor anjing pengesan dari JBPM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut terlibat dalam operasi hari ini.

Operasi SAR itu, katanya disertai lebih 60 anggota penyelamat antaranya JBPM, PDRM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Dalam kejadian jam 12.50 tengah hari Sabtu lepas, Mohammad Fazrul Illahi dilaporkan sedang mengendalikan jentera pengorek sebelum dihempap runtuhan batu.

Dia dipercayai sempat melompat keluar dari jentera dipandunya, sebelum dihempap dan tertimbus batu manakala tiga pekerja warga asing turut dilaporkan cedera dalam kejadian itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Operasi SAR untuk mencari pemandu jentera pengorek tertimbus runtuhan batu di Raub ditangguhkan
  • Mohammad Fazrul Illahi Ab Rahman, 30, masih belum ditemui setelah 15 tan metrik batu dialihkan
  • Dua ekor anjing pengesan dari JBPM dan PDRM terlibat dalam operasi
  • Operasi SAR disertai lebih 60 anggota penyelamat termasuk JBPM, PDRM, dan APM
  • Mohammad Fazrul Illahi dipercayai sempat melompat dari jentera sebelum tertimbus saat runtuhan batu, manakala tiga pekerja warga asing cedera

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!