Polis buru lelaki samseng, langgar kereta dan ugut pukul wanita

Tular di media sosial memaparkan seorang wanita ditengking seorang pemandu lelaki selepas didakwa tidak memberikan isyarat ketika menukar lorong.
Tular di media sosial memaparkan seorang wanita ditengking seorang pemandu lelaki selepas didakwa tidak memberikan isyarat ketika menukar lorong.
A
A
A

KAJANG – Tindakan samseng seorang lelaki yang melanggar kereta dipandu wanita sebelum mengugut seolah-olah mahu memukul mangsa dalam kejadian pada Jumaat mengundang padah apabila polis kini sedang mengesannya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata dalam kejadian kira-kira jam 6.10 pagi itu, mangsa berusia 31 tahun yang juga pegawai eksekutif sebuah syarikat swasta sedang memandu Perodua Myvi untuk ke tempat kerja melalui Plaza Tol Bangi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta Perodua Myvi biru dipandu suspek tiba-tiba menghimpit dari arah belakang sebelum melanggar bahagian kiri hadapan kenderaan mangsa.

“Selepas pelanggaran itu, kedua-dua kenderaan berhenti di tepi jalan sebelum berlaku pertengkaran.

“Suspek lelaki tempatan itu bertindak menengking mangsa dan melakukan perbuatan seolah-olah mahu memukulnya,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Siasatan awal mendapati kereta Perodua Myvi biru dipandu suspek tiba-tiba menghimpit dari arah belakang sebelum melanggar bahagian kiri hadapan kenderaan mangsa.
Siasatan awal mendapati kereta Perodua Myvi biru dipandu suspek tiba-tiba menghimpit dari arah belakang sebelum melanggar bahagian kiri hadapan kenderaan mangsa.

Katanya, pertengkaran itu dipercayai berpunca apabila mangsa didakwa menukar lorong tanpa memberi isyarat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara melulu selain turut melibatkan kesalahan trafik di bawah Rule 6(1) LN 166/59 iaitu memotong dan menghalang daripada memotong.

Artikel Berkaitan:

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan A. Vaelmurgan di talian 019-6111660 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan seorang wanita ditengking seorang pemandu lelaki selepas didakwa tidak memberikan isyarat ketika menukar lorong.

Rakaman kamera papan pemuka kereta mangsa turut menunjukkan individu itu mengacah seolah-olah mahu memukul mangsa.

 

Ringkasan AI

  • Tindakan samseng lelaki terhadap wanita pemandu Perodua Myvi memicu usaha polis mencarinya
  • Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di Plaza Tol Bangi
  • Suspek melanggar dari belakang dan menghimpit kereta mangsa sebelum berlaku pertengkaran
  • Pertengkaran didakwa berpunca dari tindakan mangsa menukar lorong tanpa isyarat
  • Polis menggesa orang ramai dengan maklumat tentang suspek untuk membantu siasatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!