Korea Selatan isytihar amaran kuarantin susulan kes demam babi Afrika

Pasukan kuarantin memperkukuh kerja-kerja pembasmian kuman di sekitar kawasan yang terjejas - Foto: Agensi
Pasukan kuarantin memperkukuh kerja-kerja pembasmian kuman di sekitar kawasan yang terjejas - Foto: Agensi
A
A
A

SEOUL - Korea Selatan mengeluarkan amaran kuarantin susulan laporan kes demam babi Afrika (ASF), menurut Kementerian Dalam Negeri pada Isnin, lapor Xinhua.

Kes ASF disahkan pada malam Ahad di sebuah ladang ternakan babi di daerah Yeoncheon, wilayah Gyeonggi, menurut Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan.

Ia merupakan kes kelima tahun ini, dengan kes terdahulu dilaporkan pada Julai.

Pihak berkuasa kuarantin mengeluarkan amaran merah di seluruh negara, termasuk arahan henti operasi selama 48 jam kepada ladang ternakan babi dan kemudahan berkaitan di Yeoncheon serta kawasan sekitar sehingga jam 8 malam waktu tempatan (1100 GMT) pada Selasa.

Pihak berkuasa turut menghantar pasukan kuarantin bagi memperkukuh kerja-kerja pembasmian kuman di sekitar kawasan itu dan mengawal akses ke ladang berkenaan selain melaksanakan pelupusan babi yang dijangkiti. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Korea Selatan mengeluarkan amaran kuarantin susulan kes demam babi Afrika
  • Kes disahkan di ladang ternakan babi di Yeoncheon, wilayah Gyeonggi
  • Ini merupakan kes kelima tahun ini, dengan kes terdahulu dilaporkan pada Julai
  • Pihak berkuasa mengeluarkan amaran merah dan henti operasi selama 48 jam di ladang terlibat
  • Pasukan kuarantin dikerahkan untuk pembasmian kuman dan pelupusan babi yang dijangkiti

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!