Dominic pertahan Gerakan tetap main peranan dalam kemenangan PN

Dominic
Dominic
A
A
A

ALOR SETAR - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) tetap aktif memainkan peranan semak dan imbang terhadap kerajaan negeri pimpinan DAP walaupun parti itu tidak mempunyai kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, parti itu juga konsisten dalam mengeluarkan kenyataan mengenai isu-isu rakyat termasuk mendesak pimpinan negeri, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow untuk menjawab isu-isu dibangkitkan.

“Gerakan tetap mainkan peranan tersendiri walaupun kami tiada kerusi DUN,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar dewan Muktamar Pas pada Isnin.

Dominic berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan seorang perwakilan ulama Pas yang mempersoalkan kemampuan beliau untuk berkhidmat sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang.

Dalam pada itu, beliau turut meminta semua parti dalam gabungan PN supaya mengukuhkan kerjasama sebagai satu pasukan dan bukannya mensabotaj antara satu sama lain.

Timbalan Pengerusi PN itu menjelaskan, Gerakan turut membantu Pas dalam memenangi tujuh kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) 2023.

PN memiliki 11 daripada 40 kerusi DUN Pulau Pinang, yang mana Pas menguasai tujuh kerusi dan Bersatu memenangi empat kerusi.

Pada Muktamar Dewan Ulama, perwakilan Pulau Pinang, Shafirul Rozani dilaporkan berkata, PN negeri itu memerlukan ketua baharu selain menyifatkan Dominic tidak memainkan fungsi dengan berkesan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Gerakan aktif sebagai semak dan imbang di negeri DAP tanpa kerusi DUN
  • Presiden Gerakan, Dominic Lau, desak Ketua Menteri Penang jawab isu rakyat
  • Dominic tetap berperanan walaupun tanpa kerusi DUN
  • Menggesa kerjasama kuat dalam Perikatan Nasional, bukan sabotaj
  • Gerakan bantu Pas menang tujuh kerusi DUN di Penang dalam PRN 2023

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!