Bomba sahkan hanya 29 individu terperangkap kepala air

Keadaan lokasi kejadian kepala air di sebuah tapak perkhemahan di Kuala Kubu Bharu pada Isnin.
Keadaan lokasi kejadian kepala air di sebuah tapak perkhemahan di Kuala Kubu Bharu pada Isnin.
A
A
A

HULU SELANGOR – Seramai 29 individu daripada lima keluarga terperangkap dalam kejadian kepala air di sebuah tapak perkhemahan di Kuala Kubu Bharu pada Isnin.

Penolong Penguasa Bomba, Wan Muhammad Aslam Md Asri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 5.47 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi pada jam 6.11 pagi.

Anggota bomba menjalankan pemantauan di lokasi terlibat kepala air di sebuah tapak perkhemahan di Kuala Kubu Bharu pada Isnin.
Anggota bomba menjalankan pemantauan di lokasi terlibat kepala air di sebuah tapak perkhemahan di Kuala Kubu Bharu pada Isnin.

"Laporan awal menyatakan seramai 400 pengunjung berada di beberapa tapak perkhemahan di kawasan ini. Bagaimanapun kejadian kepala air ini tidak melibatkan kesemuanya.

"Semakan mendapati kejadian hanya melibatkan sebuah tapak perkhemahan dengan lima keluarga membabitkan 29 individu," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau memaklumkan, semua mangsa yang terperangkap berjaya dibawa keluar ke kawasan selamat.

Antara kenderaan yang terjejas dalam kejadian kepala air di sebuah tapak perkhemahan di Kuala Kubu Bharu pada Isnin.
Antara kenderaan yang terjejas dalam kejadian kepala air di sebuah tapak perkhemahan di Kuala Kubu Bharu pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

"Tapak perkhemahan terlibat hanya terjejas sedikit kerana aliran air tidak terlalu deras. Cuaca ketika ini mendung tanpa hujan, namun pemantauan rapi tetap diteruskan.

"Keadaan semasa terkawal dengan kebanyakan pengunjung sudah mengemas barang masing-masing dan bersiap untuk pulang," katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak berada di kawasan tersebut buat sementara waktu kerana dikhuatiri kepala air boleh berlaku lagi.

Antara kenderaan yang terjejas dalam kejadian kepala air di sebuah tapak perkhemahan di Kuala Kubu Bharu pada Isnin.
Antara kenderaan yang terjejas dalam kejadian kepala air di sebuah tapak perkhemahan di Kuala Kubu Bharu pada Isnin.

"Orang ramai juga perlu peka dengan perubahan paras air dan segera beredar sekiranya ada tanda-tanda berbahaya," katanya.

Media sebelum ini melaporkan kira-kira 400 pengunjung di sebuah tapak perkhemahan berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air di Ali River Campsite, Kerling di sini pada Isnin.

Ringkasan AI

  • Seramai 29 individu daripada lima keluarga terperangkap dalam kejadian kepala air di Kuala Kubu Bharu
  • Pihak bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 6.11 pagi selepas menerima panggilan pada jam 5.47 pagi
  • Keseluruhan 400 pengunjung berada di beberapa tapak perkhemahan namun kejadian ini hanya melibatkan satu tapak
  • Semua mangsa terperangkap berjaya diselamatkan
  • Penolong Penguasa Bomba menasihatkan orang ramai supaya peka dengan perubahan paras air dan mengelak dari kawasan tersebut buat sementara waktu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!