Pemandu maut, kereta bertembung pacuan empat roda

Seorang pemandu maut manakala empat lagi cedera ringan dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda di Pantai Tanjung Batu menghala ke Pantai ABF, Kidurong, malam tadi. Gambar hiasan
Seorang pemandu maut manakala empat lagi cedera ringan dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda di Pantai Tanjung Batu menghala ke Pantai ABF, Kidurong, malam tadi. Gambar hiasan
A
A
A

BINTULU - Seorang pemandu maut manakala empat lagi cedera ringan dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda di Pantai Tanjung Batu menghala ke Pantai ABF, Kidurong di sini, malam tadi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa dikenali sebagai Ansam Maja, 39, ditemukan tidak sedarkan diri dan tersepit di tempat duduk pemandu sebuah Proton Persona.

"Pihak bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas sebelum beliau disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan, kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Empat mangsa yang menaiki kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton berjaya dikeluarkan orang awam sebelum bomba tiba di lokasi, dan hanya mengalami kecederaan di kepala serta kaki,” menurut kenyataan itu.

Panggilan kecemasan diterima pada jam 7.41 malam sebelum satu Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu melibatkan sembilan anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi pada jam 7.50 malam.

"Selepas mengeluarkan mangsa tersepit, pasukan bomba turut membersihkan tumpahan minyak di jalan raya akibat kemalangan itu, dan operasi ditamatkan pada 8.46 malam,” jelas kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang pemandu maut dan empat lagi cedera ringan dalam kemalangan di Bintulu
  • Kemalangan melibatkan kereta Proton Persona dan kenderaan pacuan empat roda
  • Mangsa ditemukan tersepit dan tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu
  • Empat mangsa lain mengalami kecederaan di kepala dan kaki
  • Operasi penyelamat dan pembersihan tumpahan minyak dilakukan oleh bomba

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!