Selepas kartel diesel, mungkin ada kartel barang lain pula

Lokasi sebuah premis yang dikaitkan dengan kartel pembekalan diesel di Sibu, Sarawak. - Gambar hiasan
Lokasi sebuah premis yang dikaitkan dengan kartel pembekalan diesel di Sibu, Sarawak. - Gambar hiasan
A
A
A

MAMPUKAH kerajaan menangani jenayah penyelewengan diesel? Itu persoalan yang timbul apabila satu laporan berita eksklusif mendedahkan kewujudan satu kartel diesel di Sarawak dengan cara memperoleh tender serta membekal bahan api itu sejak 10 tahun lalu.

Merak Jalanan yakin, sudah pasti kerugian yang ditanggung kerajaan sangat tinggi. Ini baru satu kartel. Adakah kemungkinan wujud sindiket mega lain dalam negara? Perkara itu perlu diteliti sedalam-dalamnya dan tumpaskan kartel habis-habisan.

Satu cara sistematik perlu dilaksanakan bukan sahaja di tahap pembekalan malah sehingga pengurusan tender. Senang cerita, semua tahap perlu dipastikan telus.

Bagi Merak Jalanan, ini baru isu penyelewengan, belum lagi cerita sekiranya ada melibatkan rasuah. Sekiranya wujud aktiviti 'hulur dan ambil' ini, jelas jenayah ini sangat serius.

Usah letak di bahu satu pihak dalam usaha membanteras rasuah, sebaliknya semua berganding dan bersama agar sebarang bentuk penyelewengan dapat ditangani dengan tuntas. Ini baru cerita isu diesel, tidak termasuk isu-isu penyelewengan pelbagai barang subsidi lain.

Mungkin bagi Merak Jalanan, selain aspek prosedur operasi dan langkah lain yang boleh dilaksanakan, elemen agensi penguatkuasaan dalam negara perlu terus diperkasakan merangkumi daripada pelbagai aspek.

Usah beri muka dalam usaha membanteras sebarang isu penyelewengan.

Ambil tindakan serius bukan sahaja pertuduhan individu di mahkamah, malah teruskan jejaki rangkaian termasuk aset-aset haram hasil jenayah. Jejak sampai lubang cacing sekali pun.

Ketegasan dalam mengambil tindakan sudah pasti akan membuka mata banyak pihak kerana nilai bagi setiap penyelewengan itu amat bermakna buat rakyat yang memerlukan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kartel diesel di Sarawak beroperasi selama 10 tahun dalam memperoleh tender dan membekal diesel
  • Kerugian kerajaan akibat penyelewengan diesel sangat tinggi dan muncul persoalan tentang kemungkinan wujud sindiket mega lain
  • Kerajaan perlu melaksanakan sistem yang lebih telus dari tahap pembekalan hingga pengurusan tender
  • Usaha membanteras penyelewengan dan rasuah memerlukan kerjasama semua pihak dan tidak hanya tertumpu pada satu entiti
  • Penguatkuasaan yang ketat termasuk pengesanan aset hasil jenayah dan tindakan mahkamah adalah penting dalam memerangi isu penyelewengan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!